,
Laman Utama

Bukan Curang, Adam Levine Kata: “Saya Hanya Telah Melampui Batas”

Maliah Surip
21/09/2022
10:13 MYT
Dunia Hollywood saat ini dikejutkan dengan khabar vokalis utama Maroon 5, Adam Levine yang berlaku curang dari isterinya, model Behati Prinsloo.
Khabar kecurangan Levine disebarkan sendiri oleh ‘pasangannya’ yang merupakan seorang wanita berusia 23 tahun, Sumner Stroh.
Dia yang merupakan seorang Instafamous turut mendedahkan Levine ini memberi nama kepada anak ketiga yang masih dalam kandungan isterinya, sempena nama miliknya, Sumner.
Setelah kecoh, Levine akhirnya membuka mulut. Melalui akaun Instagram, Levine menafikan dengan tegas dirinya curang atau mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.
“Banyak orang sedang bercakap tentang saya dan saya mahu menjernihkan keadaan ini.
“Saya tidak curang, tetapi saya memang telah melampaui batas pada ketika itu,” tulis Levine seperti dilaporkan CNN.
Dia juga mengatakan isteri dan keluarga sentiasa menjadi keutamaan dan paling bernilai di dunia untuk dirinya.
“Isteri dan keluarga adalah keutamaan saya di dunia ini. Untuk mengambil risiko dan menjadi sangat naif dengan melakukan hal bodoh seperti ini adalah kesilapan terbesar yang pernah saya lakukan.
“Saya mengambil seluruh tanggungjawab terhadap apa yang terjadi. Saya tidak akan melakukannya lagi dan akan mengharungi masalah ini bersama,” katanya lagi.
Pada Isnin, Stroh mengaku terpaksa mendedahkan hubungan sulitnya dengan Levine kerana tidak mahu cerita itu disampaikan oleh kawannya kepada umum.
Melalui TikTok, selain mendakwa ada hubungan dengan Levine, dia juga menunjukkan beberapa perbualan di antara mereka termasuk lelaki itu meminta kebenaran untuk menamakan anak ketiganya kelak dengan nama Sumner.
Foto: The Cut, Architectural Design
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.