,
Laman Utama

“Budak Tu Dah Tak Bernyawa…” - Doktor Dedah Rutin Berbahaya Pengasuh Yang Boleh Ragut Nyawa Bayi

Izwan Isa
28/04/2022
01:50 MYT
Baru-baru ini, seorang figura perubatan yang popular di TikTok iaitu Dr. Irma Izzati Malik mendedahkan kisah menyayat hati seorang wanita yang baru kehilangan anak.
Menerusi sepotong video yang dikongsi di TikTok, Dr. Irma mendedahkan yang wanita berkenaan menghantar anak ketiganya yang baru berusia tiga bulan ke pusat asuhan, memandangkan dia sudah memulakan tugasnya kembali sebagai seorang guru.
Namun, tragedi menimpa apabila anaknya dijemput Illahi disebabkan cara pemberian susu yang salah kepada anaknya itu.
“Dia baru je bersalin anak ketiga. Anak dia baru tiga bulan. Dia hantar ke pusat asuhan. This can happen to everyone. Pusat asuhan ni dah lama… of course dia buat research.
“Tiba-tiba dia dapat call daripada pusat asuhan tersebut kata anaknya tak bernyawa, dah meninggal. Sangat sedih, teringat nangis balik. Sebab apa? Pengasuh bagi susu dan meniarapkan budak tersebut, konon nak bagi tidur lena lah.
“Lepas beberapa minit tengok budak tu dah tak bernyawa. Pengajaran kat sini, apa sahaja konten, apa sahaja nasihat yang kita bagitau pasal jangan meniarapkan budak, jangan mengiringkan budak, terlentang adalah the best position untuk babies. Guna buai, jangan guna walker.
“Bukan saja-saja, bukan kata kita tak faham kesusahan parents. It’s all about safety. Benda ni walaupun you dah lama jadi pengasuh, lama dah banyak anak, it can happen to anyone,” katanya.
Tambah Dr. Irma, kes tersebut sudah menjadi kes polis dan dia berharap agar wanita berkenaan urusannya dipermudahkan.
“So guys, there’s no such thing as argument dekat sini. Apa yang kita sampaikan adalah untuk keselamatan parents. Moga menjadi pengajaran,” tutupnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Keputusan Bedah Siasat...” - Bayi 11 Bulan Ditemui Mati Di Rumah Pengasuh!

gempak
10/05/2022
17:24 MYT
Keputusan bedah siasat adalah....
Berita

“Kami Terima Takdir Bersama Naufal Hanya 10 Bulan”- Bapa Bayi Jatuh Rumah Pengasuh Meninggal Dunia

gempak
22/07/2018
04:12 MYT
Unitar