,
Berita

Budak 4 Tahun Tidur Dengan Longgokan Sampah, Abang Penagih Dadah & Ibu Kemurungan

Maliah Surip
07/07/2024
08:55 MYT
Seorang anak kecil berusia empat tahun terpaksa tinggal dalam rumah dipenuhi longgokan sampah berpunca ahli keluarga terjerumus dalam najis dadah.
Lebih menyedihkan apabila mangsa terpaksa tidur di atas tilam 'diselimuti' longgokan sampah menjijikkan.

Longgokan sampah

Jurucakap Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berkata, insiden berkenaan dikesan pihaknya ketika melakukan lawatan dan program mendekati masyarakat di sebuah daerah di Kelantan.
Menurutnya, dalam misi bertemu masyarakat itu, anggota AADK secara kebetulan melintasi rumah yang kelihatan seolah-olah sudah ditinggalkan.
Namun pegawai AADK berasa curiga apabila mendengar bunyi suara dan tangisan kanak-kanak dari dalam rumah berkenaan.
"Sebaik rumah tidak berkunci itu diperiksa, kami terkejut apabila mendapati setiap pelosok dan ruang bilik hingga ke dapur kediaman itu dipenuhi longgokan sampah," katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Virgoun Saran Inara Rusli Kembali Rujuk: “Dari Segi Agama Pun Tak Boleh”

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Guna Dadah Pada 2012, Virgoun Kembali Ambil Syabu Untuk Kurus

ARTIKEL BERKAITAN: Satu Keluarga Didakwa Terlibat Ketagihan Gam? Netizen Zahir Simpati: "Hisap Gam Sebab Nak Tahan Lapar"

Lebih mengejut apabila mereka mendapati seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun berada di dalam rumah itu.
"Kanak-kanak itu dalam keadaan tidak terurus dan amat menyedihkan. Turut menghuni kediaman itu adalah seorang wanita dan juga anak remajanya berusia 18 tahun.
"Situasi itu amat meruntun jiwa menyebabkan AADK menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu keluarga terbabit serta menyelamatkan kanak-kanak kecil itu," katanya.
Menurutnya, pihak JKM segera hadir mengambil kanak-kanak itu untuk diberikan rawatan dan penjagaan sempurna.

ARTIKEL BERKAITAN: Plot Twist! Tuduh Bekas Suami, Areum Ditahan Dera, Beri Anak Dadah

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Ini Raih Lebih RM600,000 Sebulan Dengan Seludup Dadah – “Semua Sebab…”

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati abang kanak-kanak itu positif menagih dadah. Ibunya pula berdepan masalah kemurungan emosi kesan penceraian dilalui sebelum ini.
"Menyedari masalah dihadapi, AADK cuba menghulurkan bantuan selain memulihkan remaja terbabit melalui Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti.
"Malah, AADK dan JKM turut bergotong-royong melakukan khidmat masyarakat dengan membersihkan rumah berkenaan supaya ia selamat dihuni keluarga itu," katanya.
Kisah sedih dilalui itu turut dikongsi di TikTok oleh @shanizam9910 yang memaparkan keadaan rumah dihuni penagih dadah.
Dalam video itu, dapat dilihat keadaan rumahnya sangat kotor serta tidak teratur selain dihuni seorang kanak-kanak berusia 4 tahun.
"Meruntun jiwa saya pada waktu itu apabila mendapati seorang kanak-kanak usianya dalam usia 4 tahun tidur berhampiran timbunan sampah.

"Saya dengan bantuan rakan mendapatkan bantuan JKM untuk membantu keluarga ini, kami di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) hadir untuk membantu merawat bukan untuk menghukum," katanya.

Pemilik video itu turut memberitahu jika mana-mana individu terbabit dengan dadah untuk tidak takut dan segera pergi ke mana-mana AADK untuk bantuan.
Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Hiburan

Wajah Penyanyi, Identiti 5 Rakyat Malaysia Miliki 6,000 Pil Kuda Didedahkan Media Thailand

gempak
08/11/2024
00:55 MYT
Berita penangkapan seorang penyanyi dikir barat terkenal dari Kelantan ditangkap bersama lima rakan kerana memiliki 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Golok pada 1 November lalu turut mendapat liputan media massa Thailand.
Viral

"280 Orang Satu Bilik" - Ini Realiti Situasi Perit, Ngeri Di Penjara Narathiwat

gempak
06/11/2024
12:25 MYT
Seorang rakyat Malaysia yang pernah ditangkap kerana disyaki memiliki dadah di Thailand berkongsi keadaan dan suasana ketika dia dimasukkan ke Penjara Narathiwat selama sembilan bulan pada 2015.
Viral

Keluarga 6 Rakyat Malaysia Yang Ditahan Di Penjara Narathiwat Rancang Lantik Peguam

gempak
06/11/2024
11:05 MYT
Keluarga enam rakyat Malaysia yang ditahan atas dakwaan memiliki dadah di sebuah hotel di Golok, Thailand Jumaat lalu sedang mempertimbangkan untuk melantik peguam bagi membantu mereka dalam kes itu.
Berita

Mahkamah Narathiwat Tolak Permohonan Ikat Jamin 6 Warga Malaysia Disyaki Miliki Dadah

gempak
05/11/2024
11:55 MYT
Perkara itu disahkan Ketua Polis Bahagian Siasatan Balai Polis Sungai Golok, Mej. Pol. Hafit Mad-asin kepada wartawan pada Selasa.
Unitar