,
Berita

Buaya Baham Pekerja Ladang Di Lahad Datu Ditembak Mati

Ernalisa
13/09/2024
03:55 MYT
Seekor buaya ditembak mati selepas membaham seorang pekerja ladang lelaki warga Indonesia yang memancing di Sungai Matamba dalam kawasan ladang di Jalan Silabukan di sini pagi semalam.
BERITA BERKAITAN: Kes Tetak Elly Idzlianizar, Aweera Dedah Arwah Pelumba Cub Prix Adalah Sepupu - “Tergamak Kau Buat Macam Tu”
​BERITA BERKAITAN: Kes Tetak Elly Idzlianizar, Aweera Dedah Arwah Pelumba Cub Prix Adalah Sepupu - “Tergamak Kau Buat Macam Tu”
​BERITA BERKAITAN: “Buat Podcast Bagus, Asalkan Tidak Melanggar Hukum Agama..” - JoZan
​BERITA BERKAITAN: Liyana Jasmay Sebak Peminat Nombor Satu Sudah Tiada - “Ibu Selalu Bersama Saya..” Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata pihak Jabatan Hidupan Liar terpaksa melepaskan lima das tembakan ke arah buaya sepanjang 4.6 meter itu bagi membolehkan mayat Rusdi Tambah, 45, diambil daripada mulut haiwan berkenaan.
"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 10.07 pagi dan menurut saksi, seorang pekerja ladang yang sedang memancing di tepi sungai disambar buaya dan susulan itu, operasi mencari diaktifkan di radius 500 meter sepanjang laluan sungai.
"Pasukan bomba dan orang awam kemudian menemukan kedudukan mangsa bersama buaya kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa disambar dengan keadaan mangsa masih berada di dalam mulut buaya dan sehubungan itu, laporan dibuat kepada pihak Jabatan Hidupan Liar untuk bantuan lanjut," menurutnya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia dan tubuhnya dalam keadaan sempurna sebelum diserahkan kepada pihak polis.

"Bangkai buaya itu juga dibawa naik ke darat dan diserahkan kepada pihak Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan selanjutnya," kata beliau sambil menambah operasi ditamatkan pada 1.10 tengah hari.

SUMBER:Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kucing Tertua Mati Pada Usia 33 Tahun

gempak
16/09/2024
18:55 MYT
Kucing baka bulu panjang bernama Rosie itu mati di dalam rumahnya di Norwich, Norfolk.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Laman Utama

Remaja Terselamat, Bapa Saudara Hilang Disambar Buaya

gempak
12/09/2024
03:25 MYT
Seorang remaja lelaki hanya mampu melihat bapa saudaranya disambar buaya sebelum hilang dari pandangan ketika mereka mandi di sungai Kampung Baru Marudu Darat, Jalan Ranau-Ranau, di sini pada petang Rabu.
Berita

Gadis 18 Tahun Ditemui Mati Tanpa Seurat Benang, Tangan Diikat Dengan Coli

gempak
11/09/2024
05:25 MYT
Pengakhiran yang cukup tragis buat seorang penjual makanan bergoreng di Indonesia apabila ditemui dalam keadaan badannya tertimbus di dalam hutan.
Berita

4 Tahun Tak Jumpa, Anak Temui Rangka Bapa Dalam Pangsapuri

gempak
10/09/2024
14:25 MYT
Rangka seorang pesara ditemui dalam sebuah pangsapuri di Kepong, Kuala Lumpur Khamis lalu selepas beberapa tahun kelibatnya tidak dilihat penduduk setempat.