,
Laman Utama

"Buat Saya Menangis” – Penonton Indonesia Terkesan Selepas Saksikan Filem Mencuri Raden Saleh

Shahrin Zulkifle
18/09/2022
08:00 MYT
Filem aksi heist terbaik Indonesia 2022, Mencuri Raden Saleh sudah pun ditayangkan di negara itu sejak 25 Ogos lalu.
Selain berjaya menghiburkan lebih 1.2 juta penonton di negara asalnya, Mencuri Raden Saleh turut menerima maklum balas positif dalam kalangan peminat Indonesia yang sudah menyaksikan karya arahan Angga Dwimas Sassongko ini.
Menjengah ke laman Twitter, ramai yang memberi pujian kepada filem terbitan Visinema Pictures ini.
@dhaniaputrisyah: “Saya betul-betul ‘enjoy’ menonton filem ini. Cukup dengan pelbagai elemen seperti komedi, mendebarkan, sedih. Sebuah filem wajib tonton!”
@HabisNontonFilm: “Menonton Mencuri Raden Saleh buat saya menangis! Bukan kerana jalan cerita yang sedih tetapi kerana terlalu bagus! Bangga dengan karya Indonesia yang tampil dengan kelainan iaitu filem bertemakan heist dengan kualiti produksi dan jalan cerita yang baik. 2 jam 30 minit amat berbaloi menonton dan berhibur dengan filem ini”.
@nurfadilah.dil: “Lakonan mantap oleh barisan pelakon”, antara komen yang ditinggalkan.
Sinopsis
Filem Mencuri Raden Saleh mengisahkan tentang enam remaja yang mempunyai kepakaran berbeza (The Painter, The Mastermind, The Brute, The Negotiator, The Handyman, The Driver) bergabung dan merancang untuk merompak sebuah lukisan karya Raden Saleh atas arahan seorang yang berpengaruh dan berkuasa.
Namun, misi mereka telah dikhianati dan tanpa diduga kesemua mereka menjadi buruan polis. Justeru, mereka nekad untuk membalas dendam dengan mencuri kembali lukisan Raden Saleh serta membersihkan kembali nama baik mereka.
Saksikan Mencuri Raden Saleh bermula 22 September ini di seluruh pawagam Malaysia dan turut mengikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Astro Shaw Rai Kemenangan Cheah Liek Hou Hadiahkan Pingat Emas Pertama Malaysia, Filem Gold Ditayang Semula Di Pawagam

gempak
03/09/2024
08:29 MYT
Jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou berjaya mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas muncul juara menerusi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), sekali gus menyumbang emas pertama untuk Malaysia tahun ini.
Keluang Man

CEO Etika Teruja Jalin Kerjasama Dengan Astro Shaw, Tak Sabar Tunggu Filem Keluang Man

gempak
27/08/2024
15:24 MYT
Tayangan filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man sememangnya amat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Keluang Man

Astro Shaw Umum Keluang Man Tamat Penggambaran, Banyak Benda Menarik Menanti Penonton

gempak
26/08/2024
10:47 MYT
Penerbit filem aksi superhero ikonik negara, Keluang Man iaitu Astro Shaw bersama salah satu jenama kopi sedia diminum (RTD) terkemuka di Malaysia, Wonda Coffee baru sahaja ‘Wonda Kopi Edisi Kluang’.
Filem

Pertama Dalam Industri Filem Malaysia, Astro Shaw Perkenalkan Trend Treler Multi-Programmatik

gempak
26/08/2024
07:45 MYT
Baik Punya Ah Long menjadi filem pertama di Malaysia yang menampilkan beberapa treler berbeza untuk ditayangkan di pawagam.
Filem

Tolong Pergi Tonton Takluk: Lahad Datu, Ini Bukan Filem ‘Cikai’ & ‘Action Story’ Yang ‘Superb’

gempak
24/08/2024
04:00 MYT
Setiap pelakon dilihat seperti bukan berlakon tetapi benar-benar menghayati ‘roh’ seorang wira yang sedang mempertahankan negara dengan sepenuh jiwa dan raga.