,
Laman Utama

Buat Roti Tak Pakai Sarung Tangan, Lana Nodin Gaduh Lagi Dengan Netizen - "Mamak Uli Roti Canai Pun Mana Pakai ..."

Amri Hassan
30/05/2022
03:50 MYT
Pelakon dan usahawan Lana Nodin tampil memperbetulkan skeptikal segelintir pengguna media sosial yang mengecamnya membuat roti tanpa memakai sarung tangan.
Jelas Lana, dia perlu tampil bersuara untuk menjelaskan perkara rasional yang tidak sepatutnya dijadikan isu oleh warganet.
"Saya sebenarnya okey je, kalau ada masa bila buat live kalau jumpa komen-komen yang perlu saya jawab saya akan balas balik.
"Cara saya, selagi kita tak bersuara sampai bila-bila mereka (haters) akan kecam saja. Ada masanya kena bersuara, tapi saya bukannya selalu bergaduh.
"Jenis yang lebih-lebih saya akan sekolahkan balik... Macam hari tu ada yang kata saya buat roti tak pakai sarung tangan, saya cakap balik mana orang buat roti pakai sarung tangan. Kau pergilah kedai mamak tu tengok sendiri.
"Saya tahu soal kebersihan sebab saya pun orang Islam. Saya nak makan pun saya potong kuku, tak pakai pun quitex.
"Benda-benda logik, yang tak logik seperti body shaming tu saya tak layan... Perlu saya tegur saya tegur, saya nak educate mereka supaya mereka tahu," ujarnya.
Lana ditemui pada majlis pelancaran gedung menjual barangan bakeri, Lana's Bakery Land di Kota Damansara, Selangor pada Ahad.
Enggan bermuka-muka, kata Lana tindakannya yang dilihat kerap 'bergaduh' dengan netizen merupakan sikap sebenar dirinya.
"Siapa kenal saya, depan-depan sound direct. Semua tahu perangai saya. Tak ada yang gray area, sama ada hitam atau putih saja.
"Nak kenal saya ni senang saja straight forward. Kalau saya tak suka saya cakap, tak suka simpan rahsia atau bermuka-muka!" tegasnya.
Dalam perkembangan sama, Lana akhirnya membuka gedung beli-belah barangan bakeri yang telah diusahakannya sejak dua tahun lalu.
"Dari PKP saya mula usahakan Lana's Bakery Land dan ketika tempoh itu, saya pun turut terjejas. Sewa tetap jalan, duit tetap mengalir walaupun kedai belum boleh beroperasi.
"Saya usahakannya sendirian, saya belajar dari bawah. Masuk kedai bakeri orang, belajar masak, buat pastri dan sebagainya. Tiada orang nak berikan ilmu perniagaan ini...
"Saya masih dalam proses pembelajaran, selalu bertanyakan kehendak pelanggan. Macam suami saya selalu cakap, kalau nak sesuatu benda saya perlu usahakan dari A-Z, kena tahu memasak," ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar