Hiburan

Buat Pembedahan Bariatrik Kali Kedua, Vicha Dah Minta Nasihat Doktor - “Setelah 7 Tahun Saya Baru Buat Lagi…”

gempak
Mya Amri
14/01/2025
13:55 MYT
Sponsor Banner
Buat Pembedahan Bariatrik Kali Kedua, Vicha Dah Minta Nasihat Doktor - “Setelah 7 Tahun Saya Baru Buat Lagi…”
Pelawak, Vicha Barbie memohon mereka yang ingin melakukan pembedahan bariatrik untuk meminta nasihat doktor terlebih dahulu.

Mohon minta nasihat doktor dahulu

Vicha menerusi hantaran di Insta Story miliknya memaklumkan dia juga melakukan perkara itu terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk melakukan pembedahan bariatrik buat kali kedua.

“Banyak yang DM (direct message) saya, memang boleh buat dua kali pembedahannya. Alhamdulillah, ini saya boleh tapi kita kena konsultasi dulu dengan doktor pembedahan gastrik by pass saya yang pertama itu pada tahun 2018.

“Jadi setelah tujuh tahun saya baru buat lagi pembedahan yang kedua dan pembedahan yang kedua ini saya memilih buat dengan doktor Gafoor sebelum pembedahan kita akan scoop dulu untuk cek bekas pembedahan yang lama ya.

“Jadi apa-apa so kita boleh berbincang dengan doktor ya guys,” maklumnya.

Pembedahan bariatrik kali kedua

Dalam hantaran yang sama, Vicha juga bersyukur pembedahan bariatrik kali keduanya selesai dan berjaya.

“Alhamdulillah selesai sudah saya buat operasi bariatrik dengan @docgafoor setelah fikir panjang apa lagi ini kali kedua saya buat.

“Yang pertama saya buat tujuh tahun lepas, jujur yang kedua ini agak takut awal-awak tapi bila dah berbincang dengan doktor, beliau cek semua dan ya doktor cakap boleh buat.

“Jadi saya beranikan diri untuk kesihatan juga saya fikir. Terima kasih @docgafoor semuanya di permudahkan Allah SWT. Semoga selepas ini bisa tambah sihat, hilang sesak nafasnya. Amin,” coretnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Lapar Hanya Minum Susu, Makan Epal & Sebiji Telur” - Sweet Qismina Kurus Bukan Sebab Bariatrik Tapi Amalkan Liquid Diet

ARTIKEL BERKAITAN:Jasmin Hamid Geram, Netizen Puaka Persoal Saiz Badan - “Gemuk Salah, Kurus Salah, Kau Nak Apa Sebenarnya?”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Benarkan Diana Buat Bariatrik” - Farid Kamil

ARTIKEL BERKAITAN:Diana Danielle Tolak Bariatrik, Percaya Kurus Secara Semulajadi - “Bukan Saya Tak Boleh Turun Berat Cuma…”

ARTIKEL BERKAITAN:Sakit Tumit, Lutut & Kolesterol Tinggi, Zarina Zainuddin Buat Pembedahan Bariatrik!

Berikut merupakan perkongsian Vicha:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024