gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Mahu Cuba Nasib Di Malaysia, Ada 2 Pelakon Reza Rahadian Teringin Bekerjasama - “Saya Looking Foward Untuk…”
SUKAN
Lee Chong Wei Terima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri, Bawa Gelaran Datuk Seri - "Walau Saya Dah Lama Bersara..."
HIBURAN
Isu Royalti Lagu, Sheila Majid Enggan Panjangkan, Anggap Sudah Selesai - “Itu Bukan Ditujukan Pada Saya, Tiada Kena Mengena”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

"Buat Majlis Ringkas Sahaja Sebab Dah Serik" - Bakal Isteri Raja Afiq Pernah Putus Tunang, Jarang Jumpa Tapi Terpikat Gara-Gara...

ZULHILMI JALIL
ZULHILMI JALIL
29/05/2020
06:58 MYT
Sponsor Banner
"Buat Majlis Ringkas Sahaja Sebab Dah Serik" - Bakal Isteri Raja Afiq Pernah Putus Tunang, Jarang Jumpa Tapi Terpikat Gara-Gara...
Bakal isteri pelakon Raja Afiq, Soffwany mendedahkan bahawa dia pernah mengalami episod pahit apabila putus tunang dalam perhubungan sebelum ini.
Disebabkan itu jugalah, menurut Soffwany, dia mengambil keputusan untuk membuat majlis pertunangan dengan pelakon tersebut secara ringkas dan tertutup sahaja.
"Sebelum ini saya pernah bertunang pada 2018. Sebelum ini buat majlis meriah-meriah, namun, hubungan tersebut tidak bertahan.
"Jadi, saya serik dah nak buat secara besar-besaran kalau bertunang. Ringkas dan biasa sahaja jadilah. Lagipun, ini baru majlis bertunang," ceritanya ketika dihubungi Gempak.
Dalam pada itu, kata Soffwany, dia tertarik dengan keperibadian Raja Afiq kerana merasakan dia seorang lelaki yang cukup memahami kerjayanya sebagai anggota badan beruniform.
"Dia seorang lelaki yang tak sama dengan yang pernah saya kenal sebelum-sebelum ini. Dia jenis yang tak push (memaksa). Maklumlah, saya agak sibuk.
"Tapi dia seorang yang faham dengan kerja saya sebagai polis dan jadual belajar saya. Jadi kami memang jarang jumpa," katanya yang merupakan anggota Pasukan Gerakan Udara, Polis Driraja Malaysia (PDRM).
View this post on Instagram
Lama betul rasanya tak letak pic berdua hehe hope lepas ni bertiga lah pulak ye opss?? Betul tak @soffwany_yusoff #wannyafiq
A post shared by RA (@rajaafiqqofficial) on May 26, 2020 at 10:43am PDT
Terdahulu, Soffwany mendedahkan bahawa dia dan Raja Afiq sudah melangsungkan pertunangan pada Mac lalu.
BACA: "Kami Bertunang Bulan Mac Lalu Di JB" - Kenal 3 Bulan, Soffwany & Raja Afiq Nak Kahwin Bulan Ogos, Tapi...
Sebelum ini, Soffwany pernah menjadi perhatian netizen apabila video nyanyiannya bersuara merdu tular di media sosial.
Selain bertugas sebagai anggota polis, Soffwany yang mempunyai single berjudul Nafas Cinta juga kini merupakan artis naungan SRC Records.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
#Tunang
#Raja Afiq
#Soffwany
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement