gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Sebab Sebiji Epal, Saya Didenda RM1,000 Di New Zealand" - Umie Aida
VIRAL
“Lip Sync Pun Dah Handsome” - Netizen ‘Jatuh Cinta’ Dengan Zaki Yamani
HIBURAN
Dikecam Dakwa ‘Car Seat’ Bayi Tak Selamat, Suami Tampil Pertahankan Atikah Suhaime - “Kalau Kalian Tak Suka, Saya Akan…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Buat Lawak Tentang Tragedi MH370, Pelawak Singapura Dikritik Netizen Malaysia - “Stand Up Comedians Yang Bagus Tidak…”

Izwan Isa
Izwan Isa
07/06/2023
05:50 MYT
Sponsor Banner
Buat Lawak Tentang Tragedi MH370, Pelawak Singapura Dikritik Netizen Malaysia - “Stand Up Comedians Yang Bagus Tidak…”
Pelawak asal Singapura, Jocelyn Chia menuai kritikan netizen Malaysia apabila menjadikan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370 sebagai subjek komedi persembahan lawaknya baru-baru ini.
Menerusi sepotong video yang dimuat naik di platform Instagram, Jocelyn pada awalnya membuat perbandingan antara Singapura dengan Malaysia, selepas republik itu meraih kemerdekaan pada 1965.
Kemudian, Jocelyn berkata: “Kenapa kamu (Malaysia) tidak melawat saya (Singapura) dalam masa 40 tahun? Saya cuba, tapi pesawat saya tak boleh terbang,” katanya sambil terus bercakap tentang insiden kehilangan pesawat yang pernah dilalui oleh Malaysia sembilan tahun lalu.
Menerusi platform Twitter, ramai yang memberikan respons negatif, dan mengandaikan persembahan komedi berkenaan tidak melucukan.
Bekas penyampai radio, Kudsia Kahar menerusi satu ciapan berkata: “Saya merupakan seorang penyokong tegar stand up comedian, terutama dari wilayah ini. Saya tak kisah jika warga Singapura ini menyebut ‘FU’ sebab warga Malaysia juga buat lawak terhadap mereka di atas pentas juga.
“Tapi, tidak apabila menjadikan MH370 sebagai bahan lawak. Tidak boleh diterima. Stand up comedian yang bagus tidak menjadikan tragedi sebagai bahan lawak,” katanya.
I am a HUGE supporter of standup comedians, especially from this region. IDC that this S’porean said FU Malaysians bcs we make fun of them on stage too.But I draw the line at turning MH370 into a joke. Not acceptable. A good standup never turns tragedy and deaths into a joke. pic.twitter.com/i8U7LILyeS
— Kudsia Kahar ??, Malaysian First (@Kudsia_Kahar) June 6, 2023
Menerusi ciapan yang dihantar oleh Kudsia, ramai bersetuju dan menganggap persembahan komedi tersebut sebagai ‘not funny’.
Meninjau ruangan komen di platform Instagram milik Jocelyn, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia mengkritik tindakan wanita itu yang dianggap tidak sensitif.
Topic Berkaitan
#MH370
#Jocelyn Chia
#Stand Up Comedia
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement