,
Laman Utama

Buat Konten Berniaga Goreng Pisang Pakai Jubah Konvo, Graduan Undang Reaksi Negatif Warganet - “Sewa Buat Cara Sewa”

Gempak
26/11/2023
05:55 MYT
Seorang graduan wanita baru-baru ini memuat naik satu video menunjukkan dirinya berniaga pisang goreng dengan mengenakan jubah konvo.
Dalam hantaran itu, dapat dilihat graduan tersebut membuat kerja-kerja dapur seperti memotong dan menggoreng pisang dalam jubah khas yang disediakan untuk majlis graduasi.
Bagaimanapun, sesetengah netizen lantas mengkritik perbuatan wanita itu kerana beranggapan tindakan yang dilakukan boleh merosakkan jubah yang disewa.
Antara respons yang diterima:
“Tolonglah sewa buat cara sewa, kesian orang yang terima kemudiannya,”
“Weh jubah konvo mana boleh macam tu, nanti rosak kena bayar denda woi,”
“Perlu ke buat konten pakai jubah konvo buat gorengan? Buatnya jubah kena minyak, kena ganti rugi.”
Sementara itu, ada juga segelintir wargamaya yang mempertahankan graduan berkenaan kerana menurut mereka ia hanyalah sekadar konten yang dibuat atas dasar rasa bangga dengan kejayaan yang diraih.
“Konten dia tu untuk tunjukkan apa yang dilalui selama ni. Dia bangga dengan kejayaan kecil dia. Tak boleh ke kita rasa kebahagiaan dia,” tulis seorang netizen.
“Apa yang bitter korang ni. Sekejap je tu dia pakai nak amik video,” ujar seorang lagi warganet.

BERITA TRENDING: “Danish Balik Nak..." - Ibu Kanak-Kanak Jatuh Longkang Rayu Kepulangan Anak, Mohon Doa Semua Selamat

Sekadar info, video tersebut telah memperoleh lebih 60,000 tanda suka di TikTok dan 739 repost oleh pengguna di Platform X.
Sumber: TikTok/ Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.