,
Hiburan

Buat Isteri Menangis, Fizi Ali Titip Ucapan Istimewa Sempena Anniversary Perkahwinan Yang Pertama - “Ingat Lagi Dulu Awak Janji Akan…”

Khairil Khusyairi
23/10/2024
00:50 MYT
Penyampai radio, Fizi Ali mencuri tumpuan apabila membuat ucapan manis kepada isteri tercinta, Siti Zulaikha.

Fizi Buat Isteri Menangis

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Ali, 35, menitipkan ucapan istimewa buat isteri sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama tahun hari ini.

“Pejam celik pejam celik, sampai dah masa untuk kita renew balik janji-janji kita. Setahun sekali kena ada moments kita berjanji kembali untuk kuatkan balik rasa sayang dan cinta itu.

“Alhamdulillah setahun usia perkahwinan kita, dan saya sentiasa doakan jodoh kita sampai akhir usia,” coretnya di Instagram.
Fizi turut berkongsi video dia dan isteri saling berpegangan tangan dan berpelukan.
Dalam video tersebut, Zulaikha turut mengalirkan air mata ketika mereka saling berjanji.

Senyuman Fizi Dah Kembali

Kongsi Fizi lagi, dia turut mengimbau janji yang dibuat isterinya iaitu mengembalikan semula senyuman dalam hidupnya.
Fizi turut berdoa agar rumah tangga mereka diberkati dan diredhai.

“Ingat lagi awal-awal dulu awak janji awak akan dapatkan balik senyuman lama saya..dan betul senyuman tu dah kembali.

“Terima kasih sayang, semoga hubungan kita diberkati allah. Happy Anniversary sayang..Saya sayang awak,” tutup Fizi.
Untuk info, Fizi sah bergelar suami kepada Siti Zulaikha, 30, di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor, Oktober tahun lalu.
Untuk rekod, Fizi turut mendirikan rumah tangga bersama pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 namun bercerai selepas tiga tahun.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia pada 2019.

ARTIKEL BERKAITAN: Shakilla Khoriri Dapat Hak Penjagaan Anak Sepenuhnya - “Doakan Daddy Ameena Patuh Pada Amanah Dan Tak Lupa Tanggungjawab”

ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam Promosi Produk Guna Gambar ‘Blur’ Pasangan Selebriti Nak Cerai, Fizi Ali Tampil Mohon Maaf - “Saya Dah Pulangkan Balik Semua Bayaran…”

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Bongsu Kini Berusia 3 Bulan, Fizi Ali Akui Seronok Besarkan Tiga Cahaya Mata – “Kalau Ameena Balik, Dia Akan Excited…”

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali Dedah Wajah Anak Ketiga, Pilih Nama Nurraisya Sofea - "Semoga Membesar Dengan Baik Ya Sayang"

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali Hairan Dengan Komen Netizen ‘Sound’ Isterinya - “Bini Aku Usik Kau Ke?”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Babak Haikal Paksa Suri Rujuk Tular Di TikTok, Netizen Tanya Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

gempak
22/11/2024
08:50 MYT
Tular di media sosial kini babak drama hits Andai Tiada Dia yang memaparkan Haikal lakonan Hisyam Hamid memaksa isterinya untuk rujuk semula dengannya secara paksaan.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Hiburan

Fedi Nuril Pegang Watak Poligami Lagi, Peminat Harap Tak Jadi Dalam Dunia Nyata - “Satu Isteri Sudah Sangat Cukup”

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Aktor popular Indonesia, Fedi Nuril mencuri tumpuan apabila bakal tampil dalam naskah filem terbaharunya tidak lama lagi.
Hiburan

A.R. Rahman, Isteri Bercerai Selepas 29 Tahun Berkahwin

gempak
20/11/2024
10:30 MYT
Komposer dan penyanyi playbank tersohor India, A.R. Rahman mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Saira Banu selepas 29 tahun berkahwin.
Viral

Suami Gubahkan Lirik Lagu Buat Kieda Crepe - "Masya-Allah, Buatkan Saya Menangis"

gempak
18/11/2024
12:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe kembali menjadi tumpuan warganet apabila suaminya, Amy, menghadiahkan sebuah lagu khas untuk isterinya dengan lirik yang diubah bagi menyuntik semangat.
Unitar