,
Laman Utama

Buat Hal! Tular Borang Rentas Negeri Kosong Tapi Siap Ditandatangani, Polis Buat Siasatan

Maliah Surip
08/04/2021
07:20 MYT
Polis membuka kertas siasatan berhubung isu borang rentas negeri kosong yang sudah ditandatangani dan dicop oleh pihak berkuasa berkenaan seperti tular di laman sosial sejak Rabu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, borang rentas negeri itu adalah dari Balai Polis Chukai, namun berlaku penipuan pada tandatangan pegawai polis terbabit, lapor Sinar Harian.
"Siasatan awal dijalankan mendapati terdapat pemalsuan tandatangan milik Ketua Polis Balai Polis Chukai, Inspektor Mohamad Ramizan Ramli pada borang itu," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menurut Hanyan, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan bagi maksud hendak menipu dan Sekyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).
Beliau berkata, borang rentas negeri itu diberikan kepada seorang wanita untuk ke Kuala Lumpur.
"Wanita ini mahu ke sana bagi menghadiri temu duga mendapatkan pekerjaan yang dijadualkan pada 8 April," katanya.
Pada Rabu, tular kemas kini di media sosial berhubung borang rentas negeri kosong bertandatangan dan cop dari Balai Polis Chukai dengan ayat 'Dapat info terbaharu ialah 'approve' dulu baru isi 'form'.
Sumber & Foto: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Hiburan

Servis Pelancongan Didakwa Teruk, Kim Seri Mohon Maaf, Janji Perbaiki Kualiti - “Setelah Jadi Ibu Tunggal, Saya Agak Burn Out…”

gempak
21/11/2024
05:55 MYT
Nama personaliti media sosial dan juga usahawan yang dikenali sebagai Kim Seri kembali tular menjadi perhatian netizen.
Viral

“Aku Join Sebab Duit, Dia Bagi RM100…” - Ahli Kelab Old Money Dakwa Dibayar Andika Putera

gempak
19/11/2024
00:57 MYT
Tular seorang individu mendakwa dirinya pernah menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan Old Money.
Berita

Bakal Calon SPM Hadapi 63 Pertuduhan Amang Seksual, Pornografi Kanak-Kanak

gempak
18/11/2024
04:50 MYT
Bakal calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari sebuah sekolah menengah di Sri Gading, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor, hari ini, atas 63 pertuduhan amang seksual bukan fizikal termasuk memiliki video pornografi kanak-kanak.
Berita

Polis Kesan Individu Pukul OKU Di Dataran Shah Alam

gempak
16/11/2024
05:25 MYT
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memukul sehingga mencederakan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Dataran Shah Alam 10 Nov lepas, yang tular baru-baru ini.
Unitar