Hiburan
Buat Cover Lagu 'Persis Mutiara', Ada Sebab Nadeera Kongsi Di YouTube Sahaja - "Saya Hanya..."
Penyanyi, Nadeera memaklumkan lagu cover yang dibuatnya tidak akan dilancarkan di platform lain dan hanya akan dikeluarkan di laman Youtube sahaja.
Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 30, berkata keputusan untuk tidak melancarkan lagu tersebut di platform lain kerana dia membuat cover song itu hanya untuk suka-suka sahaja.
“Tidak, saya keluarkan di Youtube sahaja. Sebab saya hanya cover untuk suka-suka,” katanya kepada Gempak.
Pada masa sama, Nadeera juga mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sudi mendengar nyanyiannya.
“Terima kasih kepada peminat yang sudi dengar nyanyian saya,” ujarnya ringkas.
Menyanyikan semula lagu Persis Mutiara nyanyian asal Mila Jirin, pelantun lagu Bukan Lagi Kita ini mendapat pujian daripada peminat-peminat.
Rata-rata pendengar jatuh hati dengan versi yang dibawakan oleh Nadeera.
“Dulu masa zaman Mila dengar lagu ni tak dapat relate. Bila Nad cover pehh sedih betul”
“Suka betul la suara kak Nad ,semoga apa yang kak Nad impikan selama ini tercapai. Amin”
“Ni versi berbisik , tinggi level this”
“Dah macam remake tapi versi akustik. Terbaik”
“Sumpah sedap dan rasa sangat” kata netizen.
Setakat artikel ini ditulis, lagu yang dinyanyikan Nadeera ini sudah mendapat lebih 2,000 tontonan di laman Youtube.
Sebelum Persis Mutiara, Nadeera juga pernah menyanyikan semula lagu popular dari Indonesia yang berjudul Dawai di Youtube dan mendapat lebih 31,000 tontonan.
Must-Watch Video