,
Hiburan

Bront Palarae, Kazuki Kitamura Bergabung Dalam ‘Folklore’

Mya Amri
06/04/2018
10:09 MYT
Pelakon Bront Palarae bakal membintangi drama antologi seram berjudul Folklore bersama bintang ternama Jepun, Kazuki Kitamura.
HBO Asia memberitahu penggambaran untuk drama tersebut sudah pun bermula untuk siri ini yang mempunyai enam bahagian.
Penggambaran Folklore dijalankan di Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Singapura dan Thailand.
Menariknya, kisah seram yang berlaku adalah berdasarkan kepercayaan dan mitos setiap negara yang terlibat.
Folklore diterbitkan dibawah idea pengarah filem yang berasal dariSingapura, Eric Khoo ini turut dibarisi oleh pengarah-pengarah hebat dari negara-negara terpilih seperti Ho Yuhang (Malaysia), Joko Anwar (Indonesia), Takumi Saito (Jepun), Lee Sang-Woo (Korea Selatan) dan Pen-Ek Ratanaruang (Thailand).
Drama berdurasi selama satu jam ini bakal disiarkan di saluran HBO.
Terdahulu, Bront sebelum ini pernah membintangi beberapa filem luar seperti siri original HBO Asia Halfworld dan Pengabdi Setan.
Pelakon hebat inu juga pernah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 dan juga Anugerah Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015.
Manakala Kazuki Kitamura pula pernah membintangi siri original HBO Asia, Halfworld dan Godzilla: Final World.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

MIFFest-7 Lantik Bront Palarae Duta Rasmi & Zizan Razak Lembaga Penasihat, Angkat Tema Uncaged!

gempak
08/03/2024
13:46 MYT
Festival Filem Antarabangsa Malaysia ke-7 (MIFFest) bakal berlangsung pada 21 hingga 28 Julai 2024 dengan mengangkat tema Uncaged.
Laman Utama

"Kena Ikat Dalam Air, Mandi Air Sungai Tempat Buangan Najis" - Uqasha Senrose Kongsi Cabaran Berlakon Sumpahan Jerunei

gempak
14/07/2023
04:45 MYT
Sumpahan Jerunei ditayang pada 27 Julai ini.
Laman Utama

Banyak Babak Aksi, Shooting Dalam Hutan! Bront Palarae Cerita Detik Sukar Berlakon Filem Sumpahan Jerunei - "Saya Terima Tawaran Sebab..."

gempak
07/07/2023
02:50 MYT
Bront Palarae ditawarkan berlakon filem Sumpahan Jerunei pada tahun 2019.
Laman Utama

Pertama Kali Lakukan Adegan Atas Ranjang, Atiqah Hasiholan - “Saya & Pelakon Lelaki Itu Telah…”

gempak
20/03/2023
05:00 MYT
Bukan betul-betul pun
Laman Utama

Angkat Kisah James Brooke, Filem Rajah Kini Menemui Penonton Di Pawagam!

gempak
14/03/2023
13:00 MYT
Kena tengok!