,
Hiburan

“Bro, Steady Tuah!” - Puteri Gunung Ledang The Musical, Aqasha Beri Bayangan Jadi Hang Tuah?

Azwa Rahman
07/01/2020
05:41 MYT
Penyanyi dan pelakon Aqasha mencuri tumpuan apabila memberi bayangan dia bakal melakonkan watak Hang Tuah di dalam Puteri Gunung Ledang (PGL) The Musical 2020.
Menerusi laman sosial Instagram, Aqasha memuat naik sekeping foto bersama Puan Sri Tiara Jacquelina bersama kapsyen yang mempamerkan keterujaan.
“Dinda, di sini rupanya dinda. Berpijak juga dinda ke tanah kekanda. Hah, apasal ni? Kenapa saya ambil foto bersama Puteri Gunung Ledang?
“Adakah saya nampak terlalu teruja atau terlalu berharap? Mungkin. 2020 ada beberapa perkara menarik yang akan berlaku, untuk anda semua,” tulisnya sebagai kapsyen.
Hasil tinjuan Gempak di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti turut memberikan bayangan jika Aqasha adalah Hang Tuah yang dicari.
“Terbaik!” kata pelakon Pekin Ibrahim.
“Bro, steady Tuah!” tulis penyanyi Alif Satar.
“Awak nampak sempurna. Yes, here’s to an exciting 2020, jeng jeng jeng,” ujar pengarah PGL The musical, Tiara Jacquelina.
Malah, ada beberapa pengikut yang memberikan reaksi positif dan teruja jika Aqasha adalah Hang Tuah.
“Wow, jika awak Hang Tuah yang baru, saya tak akan terlepas,” komen seorang pengikut.
“Hang Tuah? Okay nak beli semua tiket show,” kata seorang pengikut.
“Hang Tuah in the making? Cool!” ujar seorang pengikut.
“Selayaknya! You deserved it,” puji seorang pengiku lagi.
Terdahulu, antara beberapa pelakon yang hadir ke sesi ujibakat sebagai Hang Tuah adalah pelakon Remy Ishak.
Namun, pihak produksi PGL The musical masih belum mendedahkan nama barisan-berisan pelakon yang terpilih bagi pementasan hebat itu.
PGL The Musical yang diarahkan oleh Tiara akan memulakan pementasan di Esplanade, Singapura pada Jun 2020.
Pementasan di Kuala Lumpur pula akan diadakan di Istana Budaya pada Julai 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

Isu Rumah Tangga Fattah & Fazura, Umie Aida Titip Nasihat - “Kita Semua Tak Perlu Masuk Campur”

gempak
16/09/2024
03:55 MYT
Isu rumah tangga antara pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura baru-baru ini menggemparkan industri hiburan dan telah mendapat perhatian ramai termasuk rakan-rakan artis.
Hiburan

Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

gempak
15/09/2024
02:03 MYT
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya tidak mencampuri urusan perpisahan antara Syamsul Yusof dan bekas isteri, Ira Kazar.
Hiburan

Video Ucapan Birthday Anak Fattah & Fazura Buat Netizen Emosi, Ramai Doa Supaya Kembali Bersama

gempak
14/09/2024
11:55 MYT
Video ucapan istimewa anak kepada pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya sempena ulang tahun kelahiran bapanya yang ke-34 mencuri tumpuan netizen.