HIBURAN
Britney Spears Tukar Nama, Pindah Ke Mexico Untuk Cari Ketenangan
Bintang pop ikonik, Britney Spears, mengambil keputusan menukar namanya secara rasmi kepada Xila Maria River Red sebagai satu langkah yang dianggap simbolik kepada fasa baharu kehidupannya.
Bukan itu sahaja, Britney turut memilih untuk berpindah keluar dari Amerika Syarikat dan memilih untuk menetap di Mexico.
Keputusan itu dilakukan bagi mencari ketenangan dan ruang peribadi yang lebih bebas daripada perhatian dunia luar.
“Saya rasa seperti pakai topeng yang bukan diri saya. Mereka sentiasa melukis gambaran yang kejam mengenai saya,” luah Britney yang sebelum ini pernah menyuarakan rasa tertekan hidup di bawah perhatian umum sejak kecil.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama Britney menukar identiti.
Pada Januari 2023, dia pernah menggunakan nama River Red di media sosial yang disifatkannya membawa maksud kuasa dan kesucian.
Kini, dengan identiti baru dan lokasi baru, Britney dilihat lebih fokus pada kesihatan mentalnya.
Sumber: MARCA
Must-Watch Video