Bos Banyak Songeh Mohon Cuti Kecemasan, Pekerja Nekad Berhenti
Tangkapan layar perbualan antara staf dan pengurusnya yang banyak songeh telah menjadi tular.
NDTV melaporkan wanita tersebut yang berkongsi kisah itu di platform X memaklumkan dia sudah pun memaklumkan kepada ketua pasukannya tidak dapat menghadiri seminar atas urusan keluarga.
Tetapi, alasan itu diabaikan pengurusnya malah dia sengaja meminta bukti termasuk lokasi GPS, gambar hospital dan preskripsi perubatan untuk menyokong cuti kecemasan tersebut.
Wanita itu yang tidak berpuas hati dengan tindakan ketuanya nekad berhenti kerja.
"Ketika saya menegur perbuatannya, dia berasa tersinggung dan menyerang semula dengan menyebut tentang sikap saya yang bermasalah.
"Dia mengarahkan saya untuk pulang ke rumah dan menghantar e-mel permohonan maaf bersama dokumen hospital untuk mengesahkan tentang pembedahan barah ahli keluarga saya.
"Ini bukannya cara yang betul untuk berkomunikasi dengan pekerja sedangkan dia sudah maklumkan lebih awal tentang hal yang tidak dapat dielakkan itu," ujar seorang pengguna media sosial.
Seorang lagi warganet cuba memanaskan ruangan komen apabila menyatakan dia mungkin akan mengambil tindakan ke atas pengurus tersebut jika berdepan situasi tersebut.
Sumber: Sinar Harian