,
Laman Utama

“Boleh Jadi Dia Beli Tren Baru Ni” - Ramai Harap Supaya Ustaz Ebit Lew…

Hanafis Haris
26/05/2021
01:35 MYT
Tiada angin tiada ribut, nama ustaz Ebit Lew kembali menjadi perbualan ramai di media sosial.

Semuanya gara-gara insiden kemalangan Tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang berlaku malam kelmarin.

Menerusi pemantauan Gempak di Twitter, ramai yang menunggu kehadiran Ebit Lew untuk memberi bantuan susulan insiden berkenaan.

Malah, ada juga berseloroh Ebit Lew akan membeli tren baru untuk rakyat Malaysia.

“Boleh jadi Ebit Lew beli tren je esok”.

“Ustaz Ebit Lew bawa tren baru esok.”

“Mana ustaz Ebit Lew kami rindukan ustaz,” tulis beberapa netizen.

Sekadar info, polis sebelum ini mengesahkan insiden kemalangan tersebut melibatkan dua buah LRT bertembung di antara stesen Kampung Baru dan KLCC-KPD Dang Wangi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata sebuah tren yang sedang dipandu uji dengan 20km/jam telah melanggar tren yang membawa 213 penumpang berkelajuan 40km/jam.

Akibat pelanggaran tersebut, seramai 47 penumpang mengalami cedera parah manakala 116 orang lagi cedera ringan.

Penumpang yang cedera telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan beberapa hospital lain.

Sementara itu Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, kejadian yang dilaporkan berlaku di dalam terowong pada jam 8.45 malam.

Ka Siong berkata, kejadian tren bertembung ini adalah yang pertama kali dalam sejarah 23 tahun operasi.

Siasatan akan dijalankan di bawah seksyen 201, Akta Pengangkutan Darat 2010.

BACA : Kemalangan LRT: Polis Sahkan Tren Bertembung, 47 Cedera Parah & 116 Cedera Ringan

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.