,
Laman Utama

"BN Tak Sokong PH, PN, Kekal Jadi Pembangkang" - Ismail Sabri

Gempak
22/11/2022
07:25 MYT
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).
"Seperti yang saya janjikan semalam bahawa saya tidak akan bersama dengan PH walau apa yang jadi sekalipun.
"Alhamdulillah, Dewan Tertinggi BN sudah membuat keputusan bahawa kita tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
"BN tidak menyokong PH atau PN. Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang," katanya dalam Twitter hari ini.
BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).
Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang.— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) November 22, 2022 Terdahulu, pemimpin dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Ibu Pejabat Umno di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
Antara pemimpin yang dilihat hadir adalah Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Mah Hang Soon dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan.
Turut kelihatan Pengerusi BN dan Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon dan Pengerusi BN Melaka dan tiga Ahli Majlis Tertinggi Umno iaitu Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Seri Jalaluddin Alias.
Mesyuarat tamat kira-kira jam 1 tengah hari itu bertujuan memutuskan sama ada gabungan itu, yang memperoleh 30 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), akan menyokong PH atau PN bagi membentuk kerajaan.
Semalam, Ahli Parlimen dan pimpinan tertinggi PH hadir ke Hotel Seri Pacific di sebelah Ibu Pejabat Umno untuk berunding dengan pimpinan Umno dan BN mengenai kerjasama kedua-dua gabungan yang diketahui umum bermusuh itu bagi membentuk kerajaan perpaduan.
Ia susulan Yang di-Pertuan Agong menitahkan parti dan gabungan politik yang berjaya membentuk kerjasama bagi memperoleh sekurang-kurangnya majoriti mudah 112, untuk menamakan calon Perdana Menteri Ke-10 sebelum jam 2 petang ini.
Pada PRU-15, tiada mana-mana pihak berjaya memperoleh 112 kerusi Parlimen, menyebabkan tiada pihak dapat membentuk kerajaan sehingga hari ini.
Tiga blok utama, iaitu PH menang jumlah kerusi tertinggi 82, diikuti PN dengan 73 dan BN mendapat 30 kerusi.
Sumber: Harian Metro, Twitter
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

Visa Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Dilanjut Sebulan

gempak
26/08/2024
10:25 MYT
Ahli keluarga mangsa kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, menerima lanjutan visa Pas Lawatan Sosial (PLS), bermula Isnin.
Berita

Rombakan Kabinet? Ini Jawapan Perdana Menteri

gempak
12/08/2024
15:25 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan akan berlaku sekali lagi rombakan Kabinet di bawah pentadbirannya.
Berita

Kumpulan Pelaksana Dijangka Terima Kenaikan Gaji Sehingga 42.7%

gempak
07/08/2024
10:30 MYT
Penjawat awam dalam kalangan kumpulan pelaksana dijangka menikmati kenaikan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) antara 15 hingga 42.7 peratus.
Berita

Lesen Motosikal B2 Akan Dinaiktaraf Ke B Tidak Lama Lagi

gempak
01/08/2024
18:55 MYT
Kerajaan akan mengumumkan keputusan pelaksanaan menaik taraf lesen motosikal Kelas B2 kepada B penuh secara automatik tidak lama lagi.