,
Hiburan

"From Blonde To Makkah" - Pengacara Hazeman Huzir Tunai Umrah

Zulaikha Yusof
12/09/2019
03:33 MYT
Pengacara Motif Viral, Hazeman Huzir atau lebih dikenali sebagai Haze telah selamat berangkat ke tanah suci bagi menunaikan ibadah Umrah semalam.
Menerusi entri di Instagram (IG), Haze memohon kepada pengikutnya supaya mendoakan perjalanannya ke tanah suci akan dipermudahkan.
"Since tak payah Ihram dulu, sebab land Madinah, asalnya nak pakai t-shirt hitam, jaket kulit, seluar jeans je tadi.
"Tapi kang jemaah lain ngata pulak "Awak ni nak pergi jalan-jalan Pavilion ke?" Anyways, just a little bit of old stories I've collected from various grandfather stories.
"Dulu masa zaman tak ada kapal terbang atuk dan moyang kita akan tulis wasiat dulu sebelum gerak Umrah dan Haji melalui kapal laut.
"Sebab instead of dua minggu pergi Haji dan Umrah macam sekarang, back then the length back and forth can reach up to months.
"Oleh disebabkan ada yang gerak pakai kapal laut, ada yang meninggal dalam perjalanan. Dan dari yang saya baca selepas selesai urusan jenazah, arwah akan disemadikan ke laut.
"Yeah I'm being morbid, I know. Aku pun tak tau kenapa aku cerita ni. But my point here is this.
"In keeping with the traditions in a modern setting, aku ada dua jenis harta kebendaan. Satu fizikal, satu virtual.
"Harta fizikal aku wasiatkan pada ahli keluarga. Harta virtual aku wasiatkan pada kalian. Sebagai contoh, penampilan TV, video Youtube, gambar IG dan penulisan Twitter.
"Kalau apa-apa terjadi, itulah yang saya tinggalkan buat kalian. Bagaimana anda gunakannya, itu dah jadi hak anda.
"Tapi saya minta jasa baik kalian. Maka mana saya yang dahulu ada aib, tutuplah aib saya, seperti anda menutup aib sendiri.
"Ok guys? Iols nak gerak lu. Pape roger. Doakan saya. Assalamualaikum bai #fromblondetomekah," tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi salah satu komen di ruangan entri Haze menyatakan perjalanannya ke sana berseorangan tanpa ahli keluarga.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan agar ibadah Haze berjalan dengan lancar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Umrah & Muslim Travel Fair Anjuran PAPUH Mesra Muslim, Bebas Risiko - "Kami Hanya Benarkan Agensi Punya Lesen Penuh"

gempak
05/09/2024
17:05 MYT
Setiap masa, pasti akan ada sahaja rungutan dan insiden individu ditipu daripada agensi umrah dan pelancongan. Hal itu mendorong Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) menganjurkan Umrah & Muslim Travel Fair 2024.
Hiburan

Rebecca Nur Al Islam Sebak Doa Agar Hujan Lebat Ketika Tawaf Dimakbulkan - “Macam Tak Percaya, Tiba-Tiba Saja…”

gempak
03/09/2024
09:25 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram, Rebecca atau nama sebenarnya Rebecca Nur A Islam berkongsi rakaman video yang memaparkan hujan lebat di Masjidil Haram.
Sukan

Olimpik Paris 2024: "Saya Dah Janji Bawa Ibu Bapa Pergi Umrah" - Shah Firdaus

gempak
11/08/2024
18:48 MYT
"Saya dah janji nak bawa ibu bapa pergi Umrah," kata pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, yang terkilan tidak dapat membawa pulang pingat buat Malaysia dari Sukan Olimpik Paris 2024 walaupun peluang itu sudah berada di depan matanya.
Hiburan

Jennifer Coppen Sebak Ustaz Derry Sulaiman Ajak Laksanakan Ibadah Umrah, Mahu Berangkat September Ini

gempak
08/08/2024
05:55 MYT
Susulan pemergian arwah suaminya, Dali Wassink, pelakon Jennifer Coppen dijemput untuk melaksanakan ibadah umrah oleh Ustaz Derry Sulaiman.
Gaya Hidup

#Travelmana: Diskaun Saudia Airlines, Pakej ‘Pergi Dahulu Bayar Kemudian' Antara Tawaran Menarik Di PAPUH Muslim Travel Fair 2024

gempak
23/07/2024
19:57 MYT
Kisah jemaah tertipu dengan pakej-pakej murah di media sosial untuk mengerjakan haji dan umrah bagai tidak pernah terhenti.