,
Hiburan

Blockout 2024: “Cukuplah, Kita Pula Jangan ‘Berperang’, Spread Love Not Hate” - Nourul Depp

Mya Amri
16/05/2024
08:55 MYT
Penyanyi, Nourul Depp memohon orang ramai supaya tidak menilai atau menjatuhkan hukuman terhadap seseorang hanya kerana isu-isu tertentu.
Sokongan terhadap Palestin Nourul menerusi hantaran Instagram miliknya berkata setiap manusia mempunyai cara tersendiri untuk membantu dan menunjukkan sokongan terhadap Palestin.
“Saya berkongsi tentang Rafah kerana saya manusia. Saya tidak aktif sebagai selebriti atau penyanyi. Tetapi sebagai manusia saya mempunyai hak untuk menunjukkan sokongan saya walaupun saya tidak menyiarkannya setiap hari.
“Tetapi saya lakukan kerana saya manusia. Tolong jangan menilai sesiapa yang post tentang Palestin atau tidak. Semua orang ada rasa kemanusiaan.
Cuma ada yang tunjuk ada yang tidak. Jangan komen pada posting saya untuk mengancam saya tentang Blackout.
“Memang bagus ramai yang menunjukkan sokongan, kasih sayang dan doa mereka kepada umat Islam di Palestin.
“Kita semua bersedih. Rasa tak tercapai nak bantu. Semua orang pun begitu, tetapi jangan menjadikan sesetengah orang sebagai tempat melepaskan kemarahan anda.
“Kita nak semua post dan tunjukkan sokongan kan, itu yang kita mahukan betul tak? Sebarkan kecintaan bukan kebencian,” tulisnya.

Berita Trending: “Who’s That?” - Ning Baizura Dikecam Gara-Gara Tak Tahu ‘All Eyes On Rafah’

Spread love not hate

Jelas Nourul lagi, tidak salah sekiranya ada yang mahu menunjukkan sokongan atau memberikan teguran namun janganlah sehingga menyakiti orang lain.
“Cukup-cukuplah lah kita pula jangan berperang untuk berkata siapa sokong siapa tidak. Ramai yang sokong tapi membantu dari sudut yang lain. Ramai yang tidak tunjukkan.
“Bukankah dalam ajaran Rasullullah, jika mahu membantu jangan tunjuk tunjuk. Samada sedekah, doa atau beribadah.
“Ada golongan yang mudah menghukum. Tidak salah menunjukkan sokongan. Salahnya jika kita menghukum. “Benarlah kita manusia tiada yang sempurna. Tapi bukan kerja kita untuk menghukum sesama kita yang kita tak tahu pun apa ada di hati manusia tersebut. Hanya tuhan maha mengetahui.
“Saya tulis ni sebab rasa sebagai manusia, cukup-cukulah ‘berperang’ di atas perjara yang tidak sepatutnya.
“Mana ada manusia yang tidak berperikemanusiaan kecuali memang diajar untuk menjadi seperti iblis seperti yang kita tahu apa yang berlaku di Palestin,” tulisnya.

Berita Trending: Blockout 2024: Wani Kayrie Nasihat - “Kita Ada Hak Untuk Marah Tapi Jangan Sampai Menghina & Mencaci”

Di bawah merupakan coretan penuh Nourul:
Terdahulu, susulan majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin di serang oleh tentera Israel, ramai pengguna media sosial melancarkan gerakan Blockout 2024 dengan memboikot selebriti Hollywood yang tidak menyokong Palestin.
Difahamkan gerakan itu juga turut dilakukan oleh warganet di Malaysia. Mereka meluahkan rasa kecewa berikutan ramai artis tempatan yang menjadi wajah untuk beberapa jenama terkenal antarabangsa yang diboikot.

Berita Trending: “Jangan Bersifat Personal, Sekarangkan Dah Bergaduh Sesama Bangsa, Ugut Sana Sini” - Scha Al-Yahya

Warganet juga dilihat kesal berikutan selebriti-selebriti tersebut didakwa masih lagi giat mempromosikan barangan berkaitan dengan Israel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

'Abang Bas' Didakwa Lagi Di Mahkamah, Sempat Tunjuk 'Mini Love'

gempak
12/09/2024
05:30 MYT
Pemandu bas yang ditahan selepas memuat naik rakaman video penumpangnya yang merupakan murid sekolah rendah sebagai orang kesayangan atau 'crush' sempat memberikan 'mini love' di Mahkamah Sesyen Batu Pahat, pada Khamis.
Terkini

3 Hari Penuh Kemeriahan Di SYOK Fest KITA 2024, Pelbagai Hiburan Untuk Pengunjung

gempak
07/09/2024
08:25 MYT
Astro Radio dengan bangganya menganjurkan SYOK Fest 2024, bermula Jumaat hingga Ahad ini bertempat di Oval Lawn, Setia City Park, Setia Alam, Shah Alam.
Sukan

Paralimpik Paris 2024: Liek Hou Terus Catat Kemenangan

gempak
31/08/2024
23:53 MYT
Pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou berjaya muncul juara Kumpulan A selepas menewaskan Suryo Nugroho pada Sukan Paralimpik Paris 2024 di sini, hari ini.
Hiburan

Nourul Depp Geram! Netizen ‘Sedap Mulut’ Tuduh Dah Bercerai - “Nanti Mati, Baru Nak Menyesal Jika Tidak Diampunkan”

gempak
26/08/2024
02:55 MYT
Penyanyi, Nourul Depp meluahkan rasa geram dengan sikap individu yang gemar membuat spekulasi mengenai perkahwinannya tanpa mengetahui kepastian tentang sesuatu cerita.
Sukan

Formasi Dron, Pancaran Laser Warnai Perasmian Gilang-Gemilang Sukma 2024

gempak
18/08/2024
05:55 MYT
Pertunjukkan dron bercahaya dan pancaran laser pelbagai warna di dalam Stadium Sarawak malam tadi memukau kira-kira 40,000 hadirin yang menyaksikan upacara pembukaan gilang-gemilang Sukan Malaysia (Sukma) 2024.