,
Laman Utama

“Bismillah…” - Selepas Munafik 2, Syamsul Yusof Bakal Muncul Dengan Filem Seram Baru

Mya Amri
26/10/2023
07:25 MYT
Walaupun namanya hangat diperkatakan kerana isu rumah tangganya, namun perkara itu tidak menghalang pengarah, Syamsul Yusof untuk terus menghasilkan naskhah terbaik.
Terbaharu, menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, Syamsul memaklumkan dia kini dalam proses membuat skrip untuk filem seram terbaharu bersama Astro Shaw.
Menurut Syamsul, itu merupakan karya keempatnya selepas Khurafat, Munafik 1 dan Munafik 2.
Namun bagaimanapun, Syamsul tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai perkara itu.
“Menulis. Skrip filem baharu untuk Astro Shaw. Filem seram saya yang seterusnya selepas Khurafat, Munafik 1 & Munafik 2. Bismillah,” tulisnya.
Terdahulu, antara karya Syamsul yang berjaya mencatatkan sejarah sebelum ini adalah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dengan kutipan panggung RM97 juta di pawagam tahun lalu.
Untuk info, Munafik sebelum ini berjaya meraih kutipan sebanyak RM17.04 juta (2016) manakala Munafik 2 pula mencecah sehingga RM37.78 juta (2018).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Hiburan

Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

gempak
15/09/2024
02:03 MYT
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya tidak mencampuri urusan perpisahan antara Syamsul Yusof dan bekas isteri, Ira Kazar.
Hiburan

Syamsul Yusof Kembali Kepada Pangkuan Ibu Bapa

gempak
11/09/2024
15:45 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya.
Hiburan

Terima Kasih Kerana Doakan Baik-Baik Untuk Saya - Syamsul Yusof

gempak
05/09/2024
04:17 MYT
Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pengikutnya yang mendoakan kebaikan buat dirinya.
Hiburan

Ira Kazar Enggan Komen Selepas Sah Cerai Talak Satu

gempak
05/09/2024
03:56 MYT
Anak kepada pelakon, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar sah bercerai talak satu dengan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, hari ini.