GAYA HIDUP
Bisikan Terlarang: Majoriti Setuju Umur 40 Paling Lewat Hamil… Tapi Betulkah Itu Hadnya? Ini Kata Netizen
Dalam dunia yang semakin moden dan penuh tekanan, soalan mengenai bila waktu yang ‘paling lewat’ untuk hamil sering menjadi perbualan hangat, terutama dalam kalangan wanita.
Ada yang mengejar kerjaya dahulu, ada yang belum bertemu jodoh, dan ada yang masih berusaha mendapatkan zuriat.
Menerusi segmen Bisikan Terlarang di Instagram Stories Gempak, kami bertanya kepada pengikut mengenai pendapat mereka tentang umur berapa yang paling lewat untuk hamil.
Majoriti bersetuju bahawa usia sebelum 40 tahun adalah paling ideal untuk kehamilan.
Ramai yang berkongsi kebimbangan terhadap risiko kesihatan jika hamil pada usia lewat, antaranya komplikasi kepada ibu serta bayi.
Ada juga yang menyatakan bahawa usia lewat turut meningkatkan risiko penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi.
Namun, tidak semua percaya pada had umur yang tetap. Ada yang berpendapat, selagi wanita masih subur dan sihat, tidak salah untuk terus mencuba.

Dalam era moden ini, setiap wanita berbeza perjalanan hidupnya.
Ada yang mampu hamil awal, ada yang menanti lama. Yang penting, kesihatan diri dan sokongan emosi harus menjadi keutamaan. Apa pun jawapan, yang pasti, kehamilan bukan sekadar soal usia, tapi juga soal rezeki, kesiapsiagaan, dan keyakinan.
P/S: Apa pula pendapat anda? Adakah umur menjadi penentu untuk kehamilan, atau cukup sekadar berserah dan terus berusaha
Must-Watch Video