GAYA HIDUP
Bisikan Terlarang: Dah Lama Berjauhan, Netizen Setuju Pasangan LDR Kena Berjumpa - "Wajib Sekerap Mungkin.."
Pernah dengar tentang cinta jarak jauh atau long distance relationship (LDR)? Mungkin ada yang pernah melaluinya sendiri, atau mengenali seseorang yang sedang berada dalam fasa itu. Tapi persoalannya – perlu ke jumpa pasangan bila dah lama LDR?
Dalam segmen Bisikan Terlarang di Instagram Stories Gempak, kami membuka ruang untuk para pengikut berkongsi pandangan mereka tentang perkara itu.
Hasil tinjauan, majoriti bersetuju perjumpaan secara depan depan itu sangat penting dalam hubungan jarak jauh. Ia bukan sahaja melepaskan rindu, tetapi mengeratkan lagi ikatan cinta antara pasangan.
Namun, ada juga yang berpendapat panggilan video sudah memadai, asalkan ada komunikasi yang konsisten dan kepercayaan dalam hubungan.

Walau apa pun pandangan, setiap pasangan ada cara tersendiri untuk kekalkan cinta walaupun terpisah oleh jarak. Tapi kalau ada peluang untuk berjumpa, kenapa tidak?
Must-Watch Video