GAYA HIDUP
Bisikan Terlarang: Bila Cinta Datang Dari Pagar Sebelah, Sampai Sekarang Simpan Perasaan!
Ada yang kenal, ada yang tak sempat kenal tapi tiba-tiba tersuka dekat jiran sendiri.
Dengar macam dalam drama Korea kan? tapi percayalah… benda ni memang wujud dalam dunia realiti!
Dalam segmen Bisikan Terlarang di Instagram Stories Gempak, kami membuka ruang untuk pengikut confess adakah mereka pernah tersuka dengan jiran rumah mereka sendiri?
Menerusi tinjauan Gempak, rata-rata pengikut mengaku pernah jatuh hati dengan jiran sebelah rumah mereka.

Paling menarik, ada seorang individu ini mengakui dia masih simpan perasaan suka terhadap jirannya itu sampai sekarang!
Namun ada juga yang berkongsi tidak punya perasaan terhadap jiran sebab kebanyakan penduduk di kawasan perumahan mereka terdiri daripada golongan warga emas.

Apa-apa pun jodoh kita semua berada di tangan Tuhan. Andai kata jodoh kita memang jiran sendiri apa salahnya kan.
Apa-apa pun kita doakan yang terbaik agar Tuhan berikan kita jodoh yang sempurna di mata kita.
Must-Watch Video