,
Hiburan

Bintang Filem Nang Nak, Winai Kraibutr Meninggal Dunia Kerana Kanser

Maliah Surip
26/03/2024
07:30 MYT
Industri perfileman Thailand kehilangan salah seorang pelaku seni hebat mereka apabila aktor Winai Kraibutr dilaporkan meninggal dunia pada 20 Mac 2024.
Kraibutr yang cukup terkenal menerusi watak Mak dalam filem romantik seram fenomena, Nang Nak menghembuskan nafas terakhir pada usia 54 tahun.
Aktor tersebut meninggal dunia kerana kanser kulit yang jarang ditemui di Hospital Saimai di Bangkok selepas lima tahun bertarung dengan penyakit tersebut. Kematian Kraibutr diumumkan oleh isterinya, Orachanya Kraibutr menerusi platform media sosial, lapor http://khaosodenglish.com.
Dia menjelaskan tahap kesihatan suaminya merosot sejak 15 Mac lalu sebelum mengalami sawan dua hari kemudian dan tidak sedarkan diri sehingga meninggal dunia.
Isteri aktor itu turut menceritakan perjalanan suaminya mendapatkan pelbagai rawatan untuk pulih termasuk menjalani perubatan secara tradisional dalam usahanya untuk pulih.
Selain terkenal dengan watak ikonik dalam Nang Nak pada tahun 1999, Kraibutr juga menembus populariti menerusi filem Bang Rajan yang dipasarkan setahun kemudian sehingga menjadikan dirinya antara bintang paling mahal bayaran di Thailand pada zaman tersebut.

Berita Trending: Posting IG Tahun 2014 Kena Korek, Netizen Terkejut Ruhainies Selamba…

Berita Trending: Adik Lelaki Cuba ‘Sailang’ Suami Kakak - “Dia Confess Dekat Suami Aku”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

gempak
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
Hiburan

Komposer Ooi Eow Jin Meninggal Dunia

gempak
18/09/2024
11:16 MYT
Komposer dan pemuzik terkenal, Datuk Ooi Eow Jin meninggal dunia akibat sakit tua pada petang Rabu.
Berita

Remaja Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Main Bola Sepak

gempak
09/09/2024
16:25 MYT
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun meninggal dunia ketika sedang bermain bola sepak di padang Semenyih,Selangor, pada Sabtu.
Viral

Gara-Gara Makan Berlebihan, Kucing 'Oyen' Cecah Berat Lebih 17 Kilogram

gempak
08/09/2024
11:55 MYT
Seekor kucing jantan gergasi yang memiliki berat menyamai kanak-kanak ditemui tinggal di ruang bawah tanah sambil makan biskut dan minum sup.
Sukan

Hebat! Wanita Kudung Tangan Raih Perfect 10, Atlet Memanah Paralimpik Ini Curi Perhatian Dunia

gempak
06/09/2024
18:55 MYT
Hebatnya atlet memanah paralimpik India, Sheetal Devi, 17, yang mencuri perhatian dunia apabila berjaya menampilkan persembahan cemerlang dalam Sukan Paralimpik Paris 2024.