,
Hollywood

Bintang Eternals, Kumail Nanjiani Jumpa Terapi Lepas Filem Marvel Itu Dilabel Busuk

Maliah Surip
12/02/2024
14:40 MYT
Salah seorang pelakon yang membintangi filem Eternals, Kumail Nanjiani mengaku sangat terkesan dengan komen dan ulasan buruk yang diberikan terhadap naskhah Marvel tersebut.

BERITA TRENDING: EKSKLUSIF: Tentang Eternals, Angelina Jolie & Park Seo-Joon, Don Lee Buka Cerita Bertinju & Starstruck!

Eternals yang ditayangkan pada 2021 menjadi filem Marvel dengan ulasan paling teruk pernah diberikan penonton. Malah filem itu disifatkan sebagai ‘busuk’ oleh salah satu laman sesawang ulasan terkenal dunia, Rotten Tomatoes.

BERITA TRENDING: #PopcornTime: Adakah Eternals Filem Marvel Paling Hebat Pernah Dihasilkan? Ini Ulasannya!

Menurut Nanjiani, dia terkejut dengan ulasan yang diberikan memandangkan telah mempersiapkan diri sehabis baik untuk bermain di dalam Eternals.
“Saya terkejut membaca terlalu banyak ulasan buruk yang diberikan terhadap filem ini. Apa yang tidak kena”?ujar Nanjiani seperti dilaporkan BBC.
Dia kemudian melanjutkan: “Mungkin saya terlalu mengambil serius segala kritikan yang diberi.
“Saya cuma berasa ia tidak adil sehingga membuat saya bertemu pakar terapi. Isteri mengatakan saya mengalami trauma.
“Sehingga kini saya masih bertemu pakar dan berbincang mengenai hal (kritikan) ini,” akuinya.
Pelakon dan juga pelawak berusia 45 tahun tersebut membawa watak makhluk asing yang turun ke Bumi untuk menyelamatkan planet dalam Eternals.
Filem ini juga disifatkan sebagai ‘edisi Marvel’ paling buruk pernah dihasilkan dalam tinjauan yang dilakukan terhadap penonton di Cinema Score.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.