,
Laman Utama

“Bila Terdetik Nak Pakai, First Sekali…” - Cantiknya! Isteri Dah Bertudung, Rody Ucap Alhamdulillah

Mya Amri
24/12/2020
05:20 MYT
Gitaris kumpulan Kristal, Rody mengucapkan kata syukur apabila isteri kesayangannya, Niena Azman kini bertudung.
Rody juga memuat naik foto terbaharu yang merakamkan wajah Niena sedang tersenyum.
“Alhamdulillah... Moga keluargaku dilindungi Allah dari segala perkara yang tidak elok... @niena_azmann,” tulisnya.
Dalam pada itu, Niena atau nama sebenarnya, Nur Izwani Azman juga memaklumkan penghijrahannya itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya.
“Nasib ada adik-beradik perempuan yang lain, bila terdetik nak pakai tudung… Pertama sekali tanya diorang.
“Sebab nak minta semua tudung yang diorang tak guna. Kita elak pembaziran, sekarang tudung boleh tahan harga dia.
“Bila kita dapat cari identiti dan yang sesuai barulah kita pulun shopping tak gitu @rodykristal,” tulisnya berseloroh.
Sementara itu, di ruangan komen pula rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepada Niena selain memuji wanita itu kelihatan cantik dan manis bertudung.
Terdahulu, Rody atau nama sebenarnya, Mohd Rodi Baharudin mendirikan rumah tangga bersama Niena yang juga merupakan penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan pada 27 April 2018.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Adithya Jabbar dan Barie Habibullah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Angeline Tan Belum Dapat ‘Offer’ Berlakon Sejak Peluk Islam, Anggap Tiada Watak Yang Sesuai Dengan Imej - “Selama Saya Berada Dalam Industri, Tak Pernah Meminta…”

gempak
09/09/2024
09:25 MYT
Pelakon, Angeline Tan mendedahkan sehingga kini dia masih belum menerima sebarang tawaran berlakon selepas memeluk islam pada September lalu.
Hiburan

Raja Azura Sudah Berhijab - “Saya Lakukan Dengan Ikhlas…”

gempak
14/08/2024
21:55 MYT
"Jangan buat kerana nak kelihatan cantik, tapi lakukan kerana Allah," kata pengacara, Raja Azura, 52, mengenai keputusannya untuk berhijab selepas pulang mengerjakan ibadah haji, Julai lalu.
Hiburan

Isteri Rody Kristal Kongsi Cabaran Hamil Anak Ketiga - “Tak Boleh Masak, Nak Pitam, Nampak Padang Bola Okay”

gempak
06/08/2024
12:55 MYT
Isteri gitaris kumpulan Kristal, Rody iaitu Niena Azman kini hamil anak ketiga.
Hiburan

Peminat Sokong Jika Syasya Mahu Berhijab - “I Will Continue Supporting Her”

gempak
11/04/2024
12:27 MYT
Cantiknya Syasya bila berhijab. Doakan yang baik-baik tau.
Hiburan

Hormati Bulan Ramadan, Ara Johari Manis Bertudung - “Niat Itu Ada, Mohon Doakan Yang Baik-Baik”

gempak
19/03/2024
02:55 MYT
Doakan Ara yang baik baik ya.