Berita
"Bila Orang Tanya Bila Yem Nak Dapat Adik?" - Ini Dilakukan Nad Zainal, Memang WIN!
Pelakon Nad Zainal berkongsi cara tersendiri apabila sering kali dia diajukan soalan mengenai anak kedua.
Menerusi entri di Instagram (IG), Nad menjelaskan dia dan suaminya, Muhammad Faliq masih dalam fasa 'honeymoon' walaupun kini sudah mempunyai seorang anak bernama Fahad Ibrahim Muhammad Faliq.
"Bila orang tanya bila Yem nak dapat adik, kami terus berlari ke pelamin.
"Hello, kami masih pengantin baru. Hahaha," tuilsnya.
Rata-rata mengakui terhibur dengan kapsyen yang ditulis oleh Nad dan mereka juga tidak melepaskan peluang untuk mengusiknya dengan soalan sama serta turut mendoakan Fahad akan mendapat adik nanti.
Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan Faliq pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama, Fahad Ibrahim Muhammad Faliq, 2.
Must-Watch Video