,
Hiburan

“Bila Orang Cakap Saya Dah Tak Berlakon, Saya Tak Marah” - Cristina Suzanne Rupanya Fokus Besarkan Anak, Jarang Kongsi Kisah Di Media Sosial

Khairil Khusyairi
02/11/2024
09:54 MYT
Pelakon Cristina Suzanne menafikan tanggapan dia sudah berhenti dari dunia lakonan gara-gara kurang muncul di kaca televisyen sejak lima tahun lalu.

Nafi Berhenti Berlakon

Menurut Cristina atau nama sebenarnya, Cristina Suzanne Stockstill, 39, dalam tempoh tersebut dia hanya memberi fokus kepada anak dan keluarga sahaja.
“Saya masih berlakon, saya tak pernah cakap saya berhenti berlakon.

“Selepas melahirkan saya banyak jaga anak, saya tahu diri saya bagaimana, saya seorang yang tak boleh ‘multitask’ ketika itu kerana takut ganggu emosi anak dan ibu.

“Jadi saya terpaksa fokus pada anak, ibu-ibu pasti tahu bagaimana. Anak saya juga dah lima tahun, jadi saya dah boleh berlakon semula,” ujarnya kepada Gempak.

Tak Kecil Hati

Tambah pelakon yang bakal muncul dalam filem Babah itu lagi, dia juga tidak berkecil hati apabila ada yang menganggap dia sudah meninggalkan karier lakonan.
“Dalam tempoh lima tahun itu saya berlakon juga tapi tak boleh beri sepenuh komitmen. Sekarang sudah boleh.

“Bila orang cakap saya dah tak berlakon, saya tak marah. Saya juga jarang kongsi kisah di media sosial.

“Saya masih berlakon,” jelasnya.

Hati-Hati Pilih Karya

Dalam pada itu, Cristina yang popular menerusi filem KIL itu turut menafikan tanggapan dia bersikap selektif dalam memilih karya.

“Tidak (selektif), kadang-kadang kita mahu cuba karakter baharu, kalau karakter sama saja ia ibarat seperti tak belajar apa-apa.

“Tidak memilih sangat, tak baik tolak rezeki nanti Tuhan tak beri langsung. Tetapi tengok pada keselesaan saya juga, kalau saya nak buat, saya buat.

“Istilah selektif itu ibarat ‘bagus sangat ke saya ini?’. Saya tak mahu itu, saya berhati-hati memilih, bukan selektif,” kongsinya lagi.

Cristina Suzanne mendirikan rumah tangga dengan Faiz Zakaria pada Mac 2018. Perkahwinan mereka kini diserikan dengan seorang cahaya mata lelaki, Noah yang berusia lima tahun.
Untuk info, filem Babah yang menampilkan Qi Razali, Sweet Qismina, Cristina Suzanne, Adam Lee, Kis Aisha, Dhia Arissa, Daniella Qabeela dan ramai lagi akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 5 Disember 2024.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh Jadi Pembuli, Aiman Ameer Anggap Fitnah Tak Berasas– “Saya Tak Salahkan Tapi…”

gempak
12/11/2024
09:20 MYT
Pelakon baharu, Aiman Ameer menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dirinya seorang pembuli di media sosial beberapa bulan lalu.
Terkini

GV11: Zehra Zambri Tak Menyesal Berhenti Kerja - "Ini Juga Minat Saya Dari Dulu, Cuma ..."

gempak
11/11/2024
12:55 MYT
Bintang Gegar Vaganza musim 11 (GV11) Zehra Zambri akui pada awalnya sukar membuat keputusan untuk berhenti kerja untuk menyertai GV11.
Hiburan

Zera Hariz Sah Bergelar Isteri Kepada Iqwan Alif Selepas 7 Tahun Bercinta, Terima Wang Hantaran RM11,111.00

gempak
11/11/2024
08:20 MYT
Pelakon dan penyanyi Zera Hariz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinnya yang juga penyanyi, Iqwan Alif pada 1 November lalu.
Hiburan

Gembira Bersama Anak, Sherie Merlis Bahagia Jalani Kehidupan 'Single' - "Buat Masa Ini Saya Cuma Nak Teruskan..."

gempak
10/11/2024
07:50 MYT
Pelakon Sherie Merlis mengakui kini gembira menjalani kehidupan bersama anak-anak.
gegar-vaganza-11

Nama Disebut-Sebut Sertai GV11, Anis Suraya Enggan Lagi Terlibat Dalam Industri Hiburan & Pertandingan - “Maaf Jika Ada Yang Masih Menunggu”

gempak
10/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi Anis Suraya akhirnya tampil memberi respons selepas namanya menjadi sebutan ramai untuk menyertai program realiti nyanyian popular Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) baru-baru ini.
Unitar