,
Laman Utama

“Bila Libatkan Orang Lain, Saya Rasa Tak Sepatutnya Selfish” - Beto Elak Kerja Dengan Yang Tak Vaksin

Mya Amri
22/09/2021
09:20 MYT
Pelakon, Beto Kusyairy akui tidak dapat mengelakkan daripada berasa bimbang untuk kembali bekerja.
Disebabkan itu juga Beto mengambil inisiatif untuk tidak terbabit dengan mana-mana produksi, kru mahupun pelakon yang enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19.
"Saya faham, perkara ini adalah pendirian dan pegangan masing-masing. Jika mereka tidak mahu mengambil vaksin, kita tidak boleh nak paksa.
“Tetapi apabila melibatkan kerja bersama-sama dengan orang lain, saya rasa tidak sepatutnya kita rasa selfish, maksudnya mementingkan diri sendiri.
“Disebabkan keadaan kehidupan yang menghimpit, kita terpaksa bekerja. Jadi, individu antivaksin harus sedar, mereka bekerja dalam kelompok yang ramai dan melibatkan orang lain.
“Kalau kita tidak percaya dengan sesuatu, jangan sampai menyusahkan orang lain. Sebagai contoh bila kita jadi pembawa kita akan melibatkan orang lain.
"Individu yang sudah lengkap divaksin tetap boleh berjangkit dan apabila pulang ke rumah, ia berjangkit pula pada keluarga. Puncanya pada seorang yang mementingkan diri.
“Jadi bagi saya perkara ini tidak adil. Perkara ini juga bukan melibatkan individu itu seorang sebaliknya orang disekeliling. Untuk saya secara peribadi, saya tidak akan terlibat dengan poduksi, kru-kru atau pelakon-pelakon yang tidak mahu mengambil vaksin,” jelasnya.
Bagaimanapun kata Beto, dia bukanlah menempelak golongan yang tidak mahu mengambil vaksin sebaliknya apabila ia melibatkan kerja, soal kesihatan dan keselamatan menjadi keutamaannya.
“Terus-terang cakap memang ada kerisauan, nak tak nak kita kena berdepan dengan situasi sekarang , virus ni tak akan pergi ke mana-mana.
“Nak tak nak ini adalah kerjaya kami. Saya sendiri tak boleh buat benda lain, tak reti dan ini sahaja benda yang saya rasa saya tahu.
“Nak tak nak kita kena hidup dalam virus ini tetapi kita harus persiapkan diri kita. Kena jaga diri, ambil inisiatif, disiplin maksudnya dari sudut SOP.
“Saya fikirkan keselamatan keluarga saya… Saya ada orang tua dan juga anak-anak kecil di rumah jadi rasanya mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.
“Itulah yang saya cuba lakukan, selagi mampu dan boleh buat. Tetapi kalau dah terdesak sangat, itu lain pula ceritanya. Kita pun nak kena ada letak nasi atas meja, kena fikir keluarga,” katanya ketika ditemu bual.
Dalam perkembangan lain, Beto kini muncul dalam drama berjudul Penghulu Interim bersama Nadiya Nisaa.
Saksikan Penghulu Interim disiarakan setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9.00 malam di Awesome TV (Astro saluran 123) dan MyTV (saluran 112)
Penonton juga boleh mengulang tonton melalui laman sesawang rasmi Awesome TV pada bila-bila masa.
Kredit foto: Instagram Beto Kusyairy
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hiburan

Kerana Tekanan Kerja, Wanita Ini Naik Berat Sehingga 20 Kg

gempak
12/09/2024
04:55 MYT
Gara-gara tekanan di tempat kerja seorang wanita muda di China telah mengalami kenaikan berat badan sehingga 20 kilogram (kg) dalam masa setahun.
Viral

Lelaki Mati Selepas Kerja 104 Hari, Cuti Rehat Sehari

gempak
08/09/2024
07:25 MYT
Seorang lelaki berusia 30 tahun di timur negara China meninggal dunia akibat kegagalan organ berikutan bekerja 104 hari dengan hanya satu hari cuti rehat.
Viral

Pemuda Diliwat Ketika Minta Kerja, Lelaki Pakistan Direman

gempak
07/08/2024
18:35 MYT
Seorang lelaki warga Pakistan direman lima hari di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini selepas didakwa meliwat seorang pemuda yang datang untuk mencari kerja kosong di sebuah kedai perabot semalam.
Berita

Syarikat Ini Tolak Gaji RM60 Jika Lewat 5 Minit Sampai Ke Tempat Kerja!

gempak
19/07/2024
11:25 MYT
Seorang pekerja tempatan menyuarakan kekecewaan di media sosial terhadap sebuah syarikat yang mengenakan penalti sebanyak RM600 jika kakitangan lewat satu jam sampai ke tempat kerja.