,
Hiburan

“Bila Dengar Ia Seakan Merasuk Kita” - Zahiril Adzim

Firdaus
08/02/2024
11:55 MYT
Pelakon, Zahiril Adzim mendedahkan dirinya merupakan penggemar dan peminat bagi elemen muzik tradisional dan nusantara terutama sekali alat muzik gamelan.
Zahiril atau nama sebenarnya Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar berkata, minat itu mula hadir apabila dia mendengar bunyi muzik gamelan hampir setiap hari sewaktu menuntut di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) satu ketika dahulu.

BERITA TRENDING: "Balik Jer Tidur Mesti Kena Tindih, Sampai Tak Boleh Bernafas" - Elvina Mohamad

"Saya memang suka akan muzik-muzik tradisional terutama sekali muzik gamelan.
"Waktu saya belajar di Aswara satu ketika dahulu boleh dikatakan hampir setiap hari saya dengar muzik gamelan," katanya.
Dalam pada itu, Zahiril ketika ditemui pada malam gala tayangan perdana filem 'Waruga: Kutukan Ilmu Hitam' di GSC The Starling, berkongsi elemen muzik itu jugalah yang menjadi salah satu faktor dirinya menerima tawaran untuk berlakon di dalam filem berkenaan.
"Meskipun filem Waruga ini tidak menggunakan irama muzik gamelan tapi ia masih menerapkan elemen muzik tradisional.
"Bila saya dengar adanya latang belakang lagu yang sebegitu, ia membuatkan saya tertarik untuk menjadi sebahagian daripada projek ini," kongsinya.
Sekadar info, filem Waruga: Kutukan Ilmu Hitam merupakan filem seram yang menerapkan elemen nusantara arahan Azaromi Ghozali.
Selain Zahiril, antara pelakon lain yang turut membintangi filem ini termasuklah Datin Elvina Mohamad, Eriza Allya, Sahronizam Noor dan Ruminah Sidek.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Buat Pemujaan Dalam Kondo, Ada Yang Aktif Dalam Talian… Ini Kisah Bomoh Tempatan Yang Pernah Menggemparkan Seluruh Negara

gempak
19/09/2024
16:55 MYT
Perbomohan merupakan salah satu ikhtiar manusia untuk mencari kesembuhan dan menyelesaikan masalah.
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

Ammar Alfian Tak Suka 'Fatfluencer', Selar Pempengaruh Cuba Terapkan Penerimaan Badan Gemuk - "Cakap Sahaja Awak Tu Malas"

gempak
19/09/2024
05:55 MYT
Pelakon Ammar Alfian menzahirkan rasa kurang senang dengan pempengaruh berbadan gemuk.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.