Laman Utama
“Bila Allah Nak Tunjuk…”- Suami Kantoi Buat ‘Surprise’ Serentak Dengan Skandal, Ini Respon Isteri
Tular kisah seorang isteri yang dikenali sebagai Nurul Sakinah telah mendedahkan kecurangan suaminya secara tidak sengaja.
Nurul Sakinah menerusi akaun TikTok miliknya memberitahu suaminya kantoi kerana telah membuat kejutan dengan menghantar belon dan coklat serentak kepadanya dan skandal.
Ia gara-gara selepas penghantar atau ‘runner’ yang sepatutnya membuat kejutan istimewa itu mendedahkan suaminya ada menghantar satu lagi tempahan kepada seseorang bernama ‘Aida Farhani’.
Pun begitu Sakinah memberitahu ia petunjuk yang Allah kirimkan.
“Bodoh kau tu simpan sikit…Bila Allah tu nak tunjuk sekejap je,” katanya.
Menerusi video TikTok tersebut, Sakinah memuat naik paparan skrin dari runner berkenaan serta bertindak membuang pemberian semuanya ke dalam tong sampah.
Meninjau ke ruangan komen, netizen meluahkan rasa geram terhadap lelaki yang didakwa curang terbabit.
Selain itu, mereka turut memuji tindakan ‘runner’ yang tidak mahu bersubahat menipu isteri.
“Seller bijak, dia tak nak bersubahat, jadi dia buat-buat tanya,” kata salah seorang netizen.
“Bini cantik pun masih cari perempuan lain,” marah salah seorang warga maya.
“Sebijik macam drama, kenapalah lelaki susah nak setia?” persoalan salah seorang warga net.
Melihat kepada perkembangan terkini di akaun laman sosial tersebut, Sakinah memberi bayangan dia kini kembali solo.
“Being a single parent made me stronger than before,” tulisnya.
Menerusi entri tersebut, dia turut memuat naik fotonya bersama seorang anak lelaki.
Must-Watch Video