,
Hiburan

Bikin Konsert ‘Picnic In The Farm’ Sebelah Ladang Lembu, Farm Fresh Cipta Sejarah Tersendiri!

Hanafis Haris
28/12/2019
17:48 MYT
Syarikat Farm Fresh Sdn Bhd yang juga penaja program realiti Gegar Vaganza 2019 (GV2019) mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya mengadakan konsert di kawasan ladang ternakan lembu.
Seiring dengan imej pengeluar produk tenusu, Konsert ‘Picnic In The Farm’ berlangsung dengan penuh gaya di Ladang 16, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Tambah menarik, konsert berkenaan turut diserikan dengan persembahan daripada juara GV6, Hady Mirza dan Naqiu Boboy serta beberapa bintang lain termasuk One Nation Emcees, Nurfatimah, Jatt, Sham Visa, Wann dan Noorshila Amin.
Tidak ketinggalan juara Big Stage 2019, Hanbyul.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh, Azmi Zainal, konsert yang diadakan di kawasan berkeluasan 190 ekar itu bertujuan untuk menghargai pasukan dan pekerja syarikat berkenaan.
"Konsert ini juga lanjutan daripada konsert Gegar Vaganza, namun ditujukan kepada pasukan Farm Fresh termasuklah pengedar dan semua yang berkaitan. Ada juga pelanggan yang kita undang kerana selama ini banyak menyokong Farm Fresh.
"Pemilihan lokasi di ladang pula sesuai dengan imej syarikat Farm Fresh iaitu pengeluar susu. Malah ini adalah konsert dalam ladang pertama dianjurkan di Malaysia," katanya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh.
Menjelaskan lebih lanjut tentang ladang berkenaan, Azmi berkata lokasi itu juga akan diangkat sebagai tempat pelancongan agro apabila ia dibuka kepada orang ramai mulai Februari 2020.
"Dulu banyak permintaan pihak sekolah nak melawat ladang kami tapi ia lebih kepada industrial punya konsep. Sekarang lebih mudah sebab kami dah bangunkan 190 ekar ladang ini menjadi satu lokasi yang boleh dikunjungi ramai.
"Selain ladang lembu, terdapat juga pusat simpanan ikan laga, kawasan botani dan sayur sayuran, malah tempat bunga nantikan pun akan saya jadikan macam dekat Amsterdam.
"Semuanya dah hampir siap dan akan dibuka secara rasmi sekitar Februari," katanya.
Konsert ‘Picnic In The Farm’ yang dihoskan oleh Bell Ngasri dan Fiza Frizzy boleh ditonton pada 15 Januari ini di saluran Astro Ria (104), Ria HD (123) dan Astro GO.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gegar Vaganza 2021

Sejenis Beri & Boleh Kilaukan Barangan Leather? Ini Fakta Menarik & Pelik Buah Pisang Yang Ramai Tak Tahu!

gempak
29/12/2021
08:23 MYT
Jangan sampai PISHANGG
Hiburan

"Nasib Baik Saya Bukan Mak Cik Bawang, Kalau Tidak ..." - Wann Hampir Kena Scam 'Feeza Palsu', Peminat Suruh Hati-Hati

gempak
07/02/2020
00:07 MYT
Gegar Vaganza 6

"Comeback Sia-Sia!" - Mimi Fly Tinggalkan One Nation Emcees Lepas Habis GV2019

gempak
30/01/2020
10:49 MYT
Advertorial

Tonton Konsert Akhir Dengan Layanan VIP, Andalah Pemenang Sebenar!

gempak
20/01/2020
04:42 MYT
Hiburan

Ulang Alik Singapura - Malaysia, Hady Mirza Bercadang Pindah Ke Kuala Lumpur Jika Terlalu Sibuk

gempak
08/01/2020
12:25 MYT