BIG STAGE ALPHA
#BigStageAlpha: Tak Mahu Susahkan Keluarga, Araff Hampir Tidak Sertai Ujibakat - “Saya Faham Dengan Kekangan Hidup…”
Peserta Big Stage Alpha (BSA), Araff mengakui pada awalnya dia berasa ragu-ragu untuk menyertai program realiti itu kerana kurang keyakinan terhadap diri sendiri serta memahami situasi kewangan keluarganya.
Walaupun menyimpan hasrat untuk mencuba nasib, Araff atau nama sebenarnya Muhammad Amirull Hasraff Mohmmad Pilus, memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu menyusahkan keluarga yang ketika itu berdepan kekangan kewangan.
Namun dia tidak menyangka, ibunya menyedari tentang uji bakat yang sedang berlangsung dan mengajaknya untuk mencuba nasib.
“Saya sebenarnya rasa ragu-ragu dengan diri saya sendiri sebab saya tidak rasa saya bagus seperti orang lain, jadi saya tidak rasa yang saya boleh bersaing dengan orang lain dan tidak layak untuk masuk dalam pertandingan ini.
“Keluarga saya pada masa itu bukanlah tak ada duit, tapi saya faham dengan kekangan hidup sekarang. Bila saya terfikir nak pergi uji bakat, saya hanya diam saja sebab saya rasa lebih baik saya hanya menyertai pertandingan-pertandingan kecil sahaja tapi saya tak sangka ibu saya tahu.
“Jadi dia ajak saya pergi sertai ujibakat, tapi saya tolak sebab saya takut membazir sebab takut tak dapat sebab saya memang tak yakin tapi ibu saya tetap minta saya untuk hadiri juga ujibakat tersebut. Duit memang ada, tapi cukup-cukup untuk tambang pergi dan balik saja,” katanya kepada Gempak.
Demi menghormati permintaan dan harapan ibunya, bintang muda berusia 19 tahun itu akhirnya bersetuju menghadiri sesi uji bakat sehingga berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang peserta BSA.
Araff juga berkongsi dia mengambil masa selama seminggu sebelum memberitahu berita gembira itu kepada keluarganya yang berada di kampung kerana bimbang keterujaan itu memberi kesan terhadap kesihatan ayahnya yang menghidap penyakit jantung.
“Sebab ibu saya yang ajak, saya rasa saya kena gembirakan dia. Kalau ibu saya yakin saya boleh, saya pun kena percaya. Alhamdulillah, saya berjaya masuk ke BSA.
“Masa dapat panggilan, saya dah kerja di KL. Saya rasa seronok, tapi tak sangat. Orang kata ‘nonchalant’. Saya fikir ujibakat haritu saya mesti tak lepas. Tapi bila betul-betul sedar saya dapat, terus saya teruja.
“Seminggu selepas tu baru saya beritahu ibu saya. Dia terus seronok dan ucap tahniah. Saya beritahu ayah juga, tapi cara saya cerita tu biasa-biasa saja sebab ayah ada masalah kesihatan. Sebab itu keluarga saya selalu tunjukkan reaksi yang tenang sahaja.
“Mereka seronok, tapi tak boleh terlalu teruja. Saya tahu mereka fikir saya ni masih tahap pertandingan karaoke. Tapi saya percaya, jauh di sudut hati, mereka yakin saya mampu hadapi cabaran peserta lain dalam BSA,”ujarnya.
Sekadar info, Araff berjaya mendapat kedudukan ke lapan di minggu kedua dengan markah keseluruhan, 66.40 peratus.
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Pernah Kena ‘Palau’ Dengan Kawan, Ariel Fesol Pilih Tukar Kerjaya - “Orang Tak Suka Sebab Kita Tak Ada Duit”
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Kena Jadi Orang Tengah, Que Tak Sangka Allan Andersn & Ridhwan Azman Bergaduh - “Saya Rasa Tak Sedap Hati Sebab…”
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Ariel Fesol Akui Tertekan, Suara Masih Belum Pulih Sepenuhnya -”Terlalu Banyak Ubat & Ikhtiar Yang Saya Lakukan Sehingga Tukar…”
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Daniel Sher Akui Perbezaan Umur Bukan Penghalang Tapi Kerjasama Penting - “Ada Yang Baik & Buruk Tapi Semuanya…”
Untuk minggu kedua, 12 peserta BSA diadili oleh juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini serta juri jemputan, Akim Ahmad dan Ajai
Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu
Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Must-Watch Video