BIG STAGE ALPHA
#BigStageAlpha: "Saya Adalah Peminat BTS Dan ..." - Edry Abdul Halim Tak Kisah Komen Dikecam Netizen, Mahu Anak Didik Maju!
Juri tetap Big Stage Alpha (BSA), Edry Abdul Halim tampil memberi penjelasan mengenai kritikannya terhadap persembahan berkumpulan yang membawakan konsep K-Pop pada minggu kelima.
Menurut Edry, dia langsung tidak berkecil hati sekiranya pendapatnya tidak dipersetujui atau menerima kecaman daripada netizen.
Ini kerana dia tahu komen yang diberikan adalah untuk kebaikan dan perkembangan peserta sendiri.
“Saya tidak kisah kalau ada yang tidak bersetuju dengan pandangan saya. Saya adalah peminat BTS dan segalanya.
“Saya juga ikuti perkembangan muzik mereka tapi untuk diadaptasi di Malaysia, kita harus peka masyarakat kita macam mana,” katanya kepada Gempak.
Meskipun Malaysia semakin terbuka terhadap pelbagai genre muzik namun, komposer terkenal itu berkata, para peserta perlu lebih berhati-hati dalam membawakan konsep yang sesuai agar tidak mencetuskan sebarang kontroversi yang tidak diperlukan.
“Saya tahu netizen Malaysia ni kadang-kadang mulut mereka tajam juga. Tapi kalau persembahan tu menimbulkan gambaran yang tak sesuai, memang akan kena kecam. Percayalah, saya ni dah lama makan garam dalam industri ini,” ujarnya.
Bagaimanapun, Edry turut menekankan kritikan yang diberikan kepada peserta bukanlah bersifat menjatuhkan tetapi sebagai panduan untuk mereka tahu dimana kelemahan dan perlu memperbaiki mutu persembahan mereka di pentas.
“Secara umumnya, saya tak nak mereka dikecam atas benda yang tak sepatutnya. Tak salah pun kalau saya cakap orang dulu pun kutuk kumpulan KRU.
“Tapi yang penting, kita kena bersikap matang dan terbuka dalam menerima teguran. Kalau tak boleh terima teguran, susahlah nak maju.
“Kita perlu tahu dimanakah kelemahan kita supaya kita boleh diperbaiki dan mencari ruang untuk buat lebih baik,” jelasnya.
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Allan Andersn, Awient & Afiq Sky Tarik Nafas Lega, Tiada Penyingkiran Di Minggu Kelima
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Tiada Penyingkiran, Datuk Syafinaz Selamat Mohon Peserta Peka Tentang Markah Berkumpulan - “Ada Yang Memberi…”
Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.
Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Afiq Sky Nafi Terkena Buatan Orang, Anggap Sakit Disebabkan ... - “Saya Rasa Tak Ada Pun"
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Rizal Rashid Dedah Pernah Pegang Gelaran Pemain Gulintangan Terbaik Di Brunei - “Ramai Yang Tak Tahu”
Must-Watch Video