BIG STAGE ALPHA
#BigStageAlpha: Perbezaan Yang Cukup Ketara! Syafinaz Selamat Dedah Sebab Beri Imuniti X Kepada Afiq Sky, Singkirkan Allan Andresn
Ketua juri Big Stage Alpha (BSA), Datuk Syafinaz Selamat memberikan sebab dia mengambil keputusan untuk menyelamatkan Afiq Sky dengan menggunakan Imuniti X pada minggu suku akhir.
Jelas Syafinaz, keputusan itu dibuat selepas dia bersama dua lagi juri tetap Edry Abdul Halim dan Hael Husaini mencapai kata sepakat untuk singkirkan Allan Andersn atas faktor prestasi dalam persembahan berkumpulan.
“Kenapa saya dan juri juri yang lain berpakat menyingkirkan Allan Andersn adalah kerana kita melihat persembahan berkumpulan. Saya lihat dari minggu ke minggu kerap menyatakan setiap peserta perlu bekerja keras untuk kumpulan bukan untuk diri sendiri.
“Dari minggu ke minggu, kami memerhati Allan. Setiap kali dalam kumpulan nampak dia agak kekok menyesuaikan diri dan juga untuk pick up sama dengan berkumpulan. We see he’s try but still tak boleh lagi,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Syafinaz juga mengakui persembahan Allan dengan Afiq Sky mempunyai perbezaan yang cukup ketara kerana Afiq menunjukkan semangat kerjasama dan ‘chemistry’ yang baik dalam persembahan berkumpulan meskipun persembahan solonya masih perlu diperbaiki.“Kalau kita tengok Afiq memang bila menyanyi solo dia ada sedikit kesukaran tapi setiap minggu kita nampak ada peningkatan.
“Tapi dalam persembahan berkumpulan, dia sangat ‘gel’ dengan kumpulan dan beri kerjasama yang kuat. Itu yang kami cari. Bukan hanya penyanyi terbaik tetapi peserta yang boleh menyumbang dalam pasukan,” jelasnya.
Pada masa sama, ketua juri itu turut menyentuh tentang prestasi Awienit yang juga berada di kedudukan bahaya pada beberapa minggu lalu.Namun kata Syafinaz, dia tidak memilih untuk menggunakan imuniti X terhadap Awient kerana bimbang dengan prestasinya yang semakin merosot dari awal pertandingan sehingga minggu suku akhir ini.
“Pada awalnya, saya sendiri rasa saya memang suka persembahan dia sebab kita nampak dia boleh gel dengan ahli kumpulan yang lain tetapi Aweinit makin lama makin merundum prestasi dia.
“Itu menyebabkan saya agak takut untuk menggunakan imuniti X untuk dia. Lepas sahaja tamat persembahan, saya akan berjumpa para peserta di belakang pentas. Saya nampak dia mencuba tapi saya tak nampak dia punya kesamaan dengan peserta lain,” ulasnya.
Bagaimanapun, Syafinaz tetap menyatakan cabaran terbesar dalam BSA bukan sekadar menonjolkan diri secara individu, tetapi juga untuk membina sebuah kumpulan harmoni yang boleh menang bersama-sama.“Misi kami adalah untuk membentuk enam peserta terakhir yang boleh berfungsi sebagai sebuah kumpulan. Bukan sekadar cari satu juara solo,” tegasnya.
Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.
Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Must-Watch Video