BIG STAGE ALPHA
#BigStageAlpha: Kena Jadi Orang Tengah, Que Tak Sangka Allan Andersn & Ridhwan Azman Bergaduh - “Saya Rasa Tak Sedap Hati Sebab…”
Bintang Big Stage Alpha (BSA), Que tidak menyangka hubungan antara Allan Andersn dan Ridhwan Azman menjadi renggang disebabkan kontroversi yang melanda mereka berdua.
Menurut Que atau nama sebenarnya, Nazrul Fhad Sulaiman, hatinya berasa kurang senang apabila kontroversi itu berlaku antara kawan baiknya.
“Bagi saya, Ridhwan adalah roommate saya dan Allan Andersn adalah kawan saya sebab mereka berdua adalah kawan saya. Bila kami bertiga, kami suka lepak dan bercerita semua benda tentang knowledge apa semua.
“Tapi bila ada kontroversi apa semua antara mereka berdua, saya rasa saya sebagai orang tengah, saya rasa tak sedap hati sebab saya sayang dua dua kawan saya.
“Minta maaf cakap sebab ini kali pertama saya berkawan dengan orang dari luar negara. Saya tak nak benda itu terjadi. Saya harap benda itu akan diperbaiki balik,” katanya kepada Gempak.
Bagaimanapun, Que berharap agar kontroversi antara Allan Andersn dan Ridhwan Azman dapat diperbaiki kerana dia sangat menyayangi hubungan persahabatan antara mereka bertiga.
“Tapi keesokkan harinya, saya tahu kontroversi itu terjadi, saya rasa macam tidak perlu kot perkara itu berlaku. Saya harap dua dua kawan saya boleh baiki hubungan mereka sebagai kawan,” kongsinya.
Saksikan video penuh temubual bersama Que hanya di Gempak.com
Must-Watch Video