BIG STAGE ALPHA
#BigStageAlpha: Bakal Jadi The Next Kru? Edry Komen - “Kita Pun Sudah…”
Juri tetap Big Stage Alpha 2025c Edry KRU tidak kisah sekiranya bintang-bintang program tersebut digelar sebagai The Next KRU.
The next KRU?
Menurut Edry yang juga merupakan anggota KRU, bakat-bakat baharu ini diperlukan seiring dengan peredaran muzik masa kini.
“Kalau boleh itu yang kita mahu, kita pun sudah berada di peringkat dimana kita mahukan muzik yang lebih bagus, lebih kedepan selain menjadi lebih matang.
“Saya rasa ‘teenage market’ akan sentiasa ada untuk menyokong peserta peserta sebegini. Saya juga ada bercerita bersama Hael yang dia juga patut menulis lagu untuk mereka nanti.
“Saya pun boleh turut sama untuk menerbit dan sebagainya, kerana kita bukan sekadar berada di sini untuk menjadi juri sahaja.
“Tetapi mahu berikan sumbangan kepada mereka, mana tahu mungkin mereka akan lebih besar pada kita suatu hari nanti, rezeki orang kan, kita tidak tahu,” katanya kepada Gempak.
ARTIKEL BERKAITAN:#BigStageAlpha: Syafeek Ikhwan Tak Anggap Usia Satu Halangan, Selesa Bergaul Dengan Gen Z - “Tak Ada Apa Yang Perlu Dimalukan…”
ARTIKEL BERKAITAN:#BigStageAlpha: Diberi Sentuhan Boy Group, Ini Senarai Lengkap 18 Peserta Berentap Tahun Ini!
ARTIKEL BERKAITAN:Cipta Rekod! Konsert GenKRU Tambah Hari Ketiga - “Tanggungjawab Bagi Kami Untuk Penuhi Impian Peminat”
ARTIKEL BERKAITAN:Sambutan Luar Biasa! Tiket Konsert GENKRU Hari Kedua Habis Terjual Dalam 45 Minit!
ARTIKEL BERKAITAN:Singapura Bakal Jadi Saksi Konsert Terakhir GenKRU - “Tahun Depan Memang Tak Ada Tapi…”
Untuk info, kesemua bintang Big Stage Alpha akan dijuri oleh Edry Abdul Halim, Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini.
Manakala dua personaliti berkarisma, Elly Mazlein dan bintang Indonesia, Rina Nose pula kembali menggalas tanggungjawab sebagai hos.
Big Stage Alpha akan mula bersiaran pada 27 April 2025, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Must-Watch Video