gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
"Jaga Adab & Sensitiviti" - Dr Zubaidi Tegur Pempengaruh Tayang Aksi Bermanja Dengan Anjing K9
HIBURAN
“Dulu Panggil Ipan, Tapi Dekat New Zealand Abang Long Panggil Saya Adik, Saya Amiin Je” – Irfan Harris
HIBURAN
“Saya Reda, Asalkan Anak-Anak Bahagia” – Aliff Aziz Ulas Hubungan Rapat Bella Astillah & Syed Saddiq
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: Allan Andresn Anggap Penyingkiran Bukan Satu Kegagalan - “Inikan Sebuah Pertandingan Pastinya…”

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
02/06/2025
09:25 MYT
Sponsor Banner
#BigStageAlpha: Allan Andresn Anggap Penyingkiran Bukan Satu Kegagalan - “Inikan Sebuah Pertandingan Pastinya…”

Bintang Big Stage Alpha (BSA) Allan Andresn meluahkan rasa sedih apabila tidak melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Bagaimanapun, Allan mengakui dia tetap menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan menyedari bahawa setiap pertandingan pastinya ada penyingkiran.

“Perasaan sedih itu sudah semestinya ada cuma inikan sebuah pertandingan pastinya ada menang dan kalah.

“Kalau tiada penyingkiran tu maksudnya bukan pertandingan. Saya menerima keputusan itu,” katanya kepada Gempak.

Meskipun perjuangannya terhenti, Allan menganggap penglibatannya dalam Big Stage Alpha bukan satu kerugian.

Malah, dia menganggap peluang berada dalam pertandingan itu sebagai satu pengalaman yang amat berharga dalam membentuk dirinya sebagai anak seni.

“Bagi saya, penglibatan saya memasuki pertandingan Big Stage Alpha ini tidak sia sia kerana banyak sangat input yang saya dapat.

“Selepas ini, jika saya ada konsert sendiri, saya mampu untuk menari dengan baik,” kongsinya.

Dalam pada itu, Allan turut memohon maaf sekiranya ada peminat yang kecewa dengan prestasinya sepanjang berada di pentas tersebut.

Allan juga berharap agar netizen terus menyokong tujuh lagi bintang yang masih kekal.

“Kalau ada yang merasakan saya telah mengecewakan mereka, saya mohon maaf. Saya dah cuba yang terbaik.

“Kepada netizen di luar sana yang suka memberikan komen negatif terhadap saya, saya doakan yang terbaik buat anda semua. Moga Allah lembutkan hati anda agar dapat memberikan kasih sayang dan sokongan kepada kawan-kawan saya yang masih berjuang dalam Big Stage Alpha ini,” ucapnya.

Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.

Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
#Kegagalan
#Penyingkiran
#Bukan
#anggap
#Big Stage Alpha
#Allan Andresn
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement