,
Laman Utama

Big Stage 2022: Letupnya! Siti Nurhaliza & Aina Abdul Pukau Peminat Menerusi Persembahan Lagu Purnama Merindu & Semalam!

Izwan Isa
27/03/2022
15:56 MYT
Peminat muzik tanah air dikejutkan dengan persembahan istimewa daripada juri tetap Big Stage 2022, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Aina Abdul.
Buat pertama kali, dua artis berbakat besar ini digabungkan dalam satu pentas untuk membuat persembahan secara langsung.
Menariknya, Siti melantunkan lagu yang dipopularkan oleh Aina iaitu Semalam manakala Aina pula mendendangkan lagu berhantu milik Siti iaitu Purnama Merindu.
Aina juga turut dilantik untuk mengisi posisi sebagai juri jemputan pada malam ini.
Sebelum ini, netizen pernah membayangkan bagaimana jika Siti Nurhaliza menyanyikan lagu milik Aina Abdul pada pentas siaran langsung. Sementara Aina sudah beberapa kali dilihat menyanyikan lagu milik Siti Nurhaliza.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad, penerbitan Big Stage 2022 turut disokong oleh CUCKOO dan OPPO selaku Penaja Utama. Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Radio Rasmi.
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15 ribu, RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.
Rangkaian program Big Stage 2022 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 6 Februari serta turut boleh turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Seramai lima peserta berjaya mara ke peringkat akhir iaitu Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin dan Tegar Septian.
Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

Lebar Sayap Ke Indonesia, Aina Abdul Tidak Mengalah

gempak
20/11/2024
04:55 MYT
Namun menurut pelantun lagu Terus Hidup itu, peluang untuk mencipta nama dan dikenali oleh peminat luar negara adalah bergantung kepada rezeki.
Hiburan

Luar Biasa! M Nasir, Sheila Majid, Misha Omar, Aina Abdul & Amir Jahari Jentik Emosi Peminat Di Konsert Amal MPO: Resonance For A Reason

gempak
19/11/2024
15:52 MYT
Dengan kehadiran lebih 900 penonton, ternyata penganjuran Konsert Amal Orkestra Filharmonik Malaysia, MPO Benefit Concert: Resonance for a Reason berjaya menambat hati peminat.
Hiburan

Siti Nurhaliza Seru Penganjur Fokus Marketing Dan Sponsor - “ Jangan Berangan Nak Buat Konsert...”

gempak
18/11/2024
09:25 MYT
Menurut penyanyi nombor satu negara itu, antara perkara yang perlu dititikberatkan oleh penganjur adalah untuk mempunyai kumpulan dan startegi pemasaran yang baik.
Unitar