HIBURAN
PHM Nasihat Tanya Khabar Ibu Bapa, Makin Kurus Bukan Petanda Sihat Rupanya Tanda-Tanda Kanser
Laman kesihatan popular, Public Health Malaysia (PHM) menasihatkan orang ramai agar peka dengan perubahan fizikal ibu bapa.
Perubahan bentuk badan
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook, PHM memberi peringatan bahawa perubahan bentuk badan yang semakin kurus bukanlah sentiasa memberikan petanda baik.Sebaliknya perubahan itu berkaitan dengan penyakit yang paling ditakuti ramai iaitu kanser.
“Kadang-kadang, tubuh mereka dah lama bagi amaran. Kita saja yang tak dengar.“Mak ayah nampak sihat. Tapi makin lama makin kurus. Bila tanya, dia senyum dan jawab, “Tak ada apa…” “Hakikatnya, bertanya khabar saja tak cukup. Warga emas sering pendam rasa sakit, kerana mereka tak mahu ‘menyusahkan’.
“Hari ini, tanya mereka sekali lagi. Tapi kali ini, dengar dengan mata dan hati,” nasihat hantaran tersebut.
Dalam pada itu, PHM juga turut menegaskan supaya tidak mengabaikan tanda-tanda seperti di bawah:
1. Hilang selera makan
2. Berat turun mendadak
3. Letih luar biasa
4. Batuk tak hilang, suara bertukar
5. Bengkak atau benjolan yang pelik
6. Sakit berterusan
Berikut merupakan perkongsian penuh PHM:
Must-Watch Video