,
Laman Utama

Big Stage 2022 Belum Start Tapi Ajoi Dengan Lia Dah Bergaduh? Kenapa Tu?

Izwan Isa
02/02/2022
06:50 MYT
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum tirai konsert pertama Big Stage 2022 bakal dibuka kepada penonton.
Selain peminat yang sudah tidak sabar menantikan dinamik vokal luar biasa, para peserta yang terlibat juga pasti berdebar menantikan malam persembahan berkenaan.
Masakan tidak, ada yang baru pertama kali mengikuti pertandingan sedemikian dan ada juga yang tidak pernah membuat persembahan di sebuah pentas berskala besar.
Namun, dalam saat menanti malam konsert, ada perkhabaran yang mengatakan dua peserta Big Stage 2022, Ajoi Zainal dan Lia Aziz tak sebulu.
@astrogempak ? Panas! Min sempat rakam pergaduhan Ajoi & Lia Aziz lepas sesi rakaman Gempak TV minggu lalu #dominasibbnu #sembangentertainment ♬ original sound - Gempak
Seperti yang dikongsikan oleh TikTok Gempak, kelihatannya Lia tidak berpuas hati gara-gara Ajoi dikatakan ‘mencuri’ spotlight dengan memotong percakapannya ketika sedang ditemu bual.
Ajoi pula membidas kenyataan Lia dan memberitahu masing-masing mahukan spotlight tatkala menyertai pertandingan.
Pelik betul, takkanlah belum apa-apa lagi dah ada perbalahan dalam kalangan peserta? Pertandingan pun tak jalan dan berkelahi?
Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, jangan lupa saksikan jawapan di sebalik ‘pergaduhan’ manja itu menerusi Gempak TV Rabu ini pukul 9.30 malam.
Big Stage 2022 bakal diserikan dengan peserta-peserta berbakat besar seperti Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa dan Ajoi Zainal.
Lebih menarik, dua peserta dari luar negara Syafiq Abdilah (Brunei) dan Tegar Septian (Indonesia) turut terlibat pada musim kali ini.
Big Stage 2022 bakal bersiaran bermula 6 Februari depan di Pusat Konvensyen, Antarabangsa Putrajaya (PICC) menerusi saluran Astro Ria (104).
***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini
Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend
Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Hilang 10kg Dalam Tempoh 2 Bulan, Yazmin Aziz Lebih Confident; “Selamat Tinggal Era Zaman Badan Chubby…”

gempak
15/12/2022
14:00 MYT
Yazmin Aziz dah kurus!
Laman Utama

Gagal Bayar Sewa, Tegar Septian Diusir Dari Rumah! - “Orang Tua Aku Mahu Tidur Mana…”

gempak
09/11/2022
11:00 MYT
Tegar Septian diusir dari rumah sewa
Laman Utama

Aisha Retno Dapat Ilham Lagu Sutera Sambil Ditemani Kucing - "Ia Tentang Permaisuri Jawa Yang Hatinya Dilukai Lelaki"

gempak
31/07/2022
10:44 MYT
Penyanyi yang kian meningkat naik, Aisha Retno tampil dengan buah tangan terbaru buat para peminat menerusi single Sutera.
Laman Utama

"Dah Tak Rahsia Dah!" - Lia Aziz Kini Isteri Gitaris Treehill, Arash Azimi

gempak
23/07/2022
06:21 MYT
Dengan satu lafaz, bintang Big Stage 2022, Lia Aziz telah selamat diijabkabulkan bersama pemain gitar kumpulan Treehill, Arash Azimi Anuar di Masjid Al-Amin, Selangor, pada Sabtu.
Laman Utama

"Janganlah Pakai Gelang, Seluar Ketat, Baju Seperti Rempit" - Iqbal Zulkefli Tegur, Minta Influencer Jaga Penampilan

gempak
11/07/2022
07:55 MYT
Penampilan kena jaga!