,
Laman Utama

Big Stage 2022: Aisya Retno Cabar Diri, Bakal Menari Untuk Lagu ‘Lalisa’ Malam Ini

Izwan Isa
13/02/2022
05:50 MYT
Vokalnya ampuh, stage present miliknya pula sangat kuat. Hal ini dapat dilihat ketika Aisya Retno mempersembahkan lagu Teman menerusi konsert pertama Big Stage 2022 minggu lalu.
Selain menerima pujian daripada para juri, penonton juga sangat menyukai rendisi baharu yang diketengahkan oleh Aisyah pada malam tersebut.
“Sebenarnya, saya tidak pernah jangkakan sesuatu yang bagus datang daripada juri dan juga penonton. Sebab kalau kita jangka yang bagus-bagus, nanti kita over-confident.
“Jadi, saya neutral sahaja ketika membuat persembahan. Tambahan pula kalau saya berada di atas pentas, saya andaikan saya tidak masuk pertandingan, sebaliknya seperti mengikuti show biasa sahaja,” katanya kepada Gempak.
Ditanya mengenai persembahannya malam ini, Aisya berkata, dia berasa teruja untuk mempersembahkan lagu Lalisa nyanyian asal Lisa daripada kumpulan Blackpink.
Bagaimanapun, menurut Aisyah, kemungkinan besar dia tidak menyentuh susunan muzik lagu berkenaan seperti mana dia mengubah lagu Teman nyanyian asal Iman Troye kepada muzik Waltz.
“Bagi saya Lalisa kita tidak boleh sentuh apa-apa memandangkan lagu itu sendiri sudah sedia cantik dan indah. Cuma cabaran saya pada minggu ini adalah keperluan untuk menghafal step menari,” katanya lagi.
Melanjutkan bicara, Aisya berkata pesaing terdekatnya dalam Big Stage 2022 adalah Daniel Chuer, Elica Paujin dan juga Sofiaa Marieylla.
Berikut merupakan senarai lagu yang bakal dinyanyikan oleh peserta-peserta Big Stage 2022:
1. Aisha Retno - Lalisa (Lisa) 2. Tegar Septian - Assalamualaikum (Faizal Tahir) 3. Lia Aziz - Tamparan Wanita (Kumpulan Elite) 4. Danial Chuer - Gila (Kaka Azraff, Noki, Loca B) 5. Elica Paujin - Impikan (Dolla) 6. Ajoi Zainal - Boneka (Ernie Zakri) 7. Tuah Adzmi - Luar Biasa (Ismail Izzani feat. Alif) 8. Yazmin Aziz - Eh (Zizi Kirana) 9. Megat Rahim - Evo (Joe Flizzow X SonaOne) 10. Sofiaa Marieylla (Jerung Merah) - Aca Aca Nehi Nehi (Dadido) 11. Syafiq Abdilah - Adakah Engkau Menungguku (Naim Daniel feat. Tuju) 12. Iqbal Zulkefli - belum diumumkan
Big Stage 2022 bersiaran bermula 6 Februari di Pusat Konvensyen, Antarabangsa Putrajaya (PICC) menerusi saluran Astro Ria (104).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jennie BLACKPINK Keluar Bersama BamBam GOT7, Ini Penjelasan Wakil Agensi

gempak
19/09/2024
12:25 MYT
Wakil daripada label Jennie BLACKPINK, OA Entertainment tampil menafikan khabar angin hubungan cinta dengan anggota kumpulan GOT7, BamBam.
Hiburan

Pilih Jenama Mewah, Harga Katil Jennie BLACKPINK Sama Nilai Sebiji Rumah!

gempak
11/08/2024
07:55 MYT
Baru-baru ini, penyanyi dan anggota kumpulan BLACKPINK, Jennie muncul dalam rancangan hiburan berjudul TMI News Show.
Hiburan

Netizen Desak Jatuhkan ‘Hukum' Buat Jennie Blackpink Kerana Hisap Vape

gempak
09/07/2024
08:00 MYT
Nama bintang K-pop, Jennie Blackpink menjadi perbualan hangat di Platform X susulan tersebar sepotong video menunjukkan bintang itu menghisap vape di dalam bangunan.
Hiburan

Video Muzik Rockstar Lisa Blackpink Didakwa Ciplak Travis Scott

gempak
06/07/2024
13:55 MYT
Mencatat rekod dengan 20 juta tontonan sebaik dilancarkan selama 12 jam, video muzik Lisa Blackpink, Rockstar kini berdepan kontroversi apabila didakwa menciplak hasil kreativiti orang lain.
Hiburan

Rosé BLACKPINK & Cha Eunwoo Bercinta?

gempak
03/07/2024
15:00 MYT
Dikatakan sedang hangat bercinta, nama Rosé BP dan Cha Eun-woo dipetik kembali.