gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Kita Ada Scene Berkejaran…” – Amira Othman Masuk Set Penggambaraan? Netizen Teruja Siap Teka Dengan Fattah Amin
HIBURAN
Kurang 24 Jam! MV Monalisa Raih Lebih 50,000 Tontonan - “Percayalah Satu Hari Nanti Alpha Akan…”
HIBURAN
“Ada Orang Memang Suka Ajak Orang Lain Kutuk Orang Secara Terbuka Ya? Kecilnya Mentaliti" - Uyaina Arshad
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

The Big 4: “Dapat DM, Saya Ingatkan…”- Begini Rupanya Cara Kristo Immanuel Dilamar Bawa Watak Pelor

Mya Amri
Mya Amri
27/12/2022
11:30 MYT
Sponsor Banner
The Big 4: “Dapat DM, Saya Ingatkan…”- Begini Rupanya Cara Kristo Immanuel Dilamar Bawa Watak Pelor
Pelakon Indonesia, Kristo Immanuel berkongsi cerita mengenai penglibatannya membawakan watak Pelor dalam filem aksi komedi popular The Big 4 yang sedang ditayangkan di Netflix.
Menurut Kristo, dia sendiri tidak menyangka mendapat tawaran menerusi Instagram oleh pengarah filem itu sendiri iaitu Timo Tjahjanto.
“Sebenarnya Timo memberikan saya tawaran berlakon menerusi Direct Message (DM) di Instagram dan pada ketika itu saya ingatkan mungkin hanya sebagai watak pembantu atau kecil-kecilan sahaja.
“Tetapi apabila mendapat tahu tawaran itu adalah untuk menjadi salah seorang anggota The Big 4, saya rasa macam wow memang tak sangka," katanya dalam sidang media baru-baru ini.
View this post on Instagram
A post shared by Kristo Immanuel (@kristo.immanuel)
Malah kata Kristo, dia juga tidak mengetahui akan membawakan watak sebagai Pelor yang merupakan anggota The Big 4 paling muda.
“Selepas selesai di casting, saya tidak mengetahui watak apa yang dibawakan dan saya mendapat tahu perkara itu selepas melihat Timo memuat naik foto karakter The Big 4.
“Saya melihat karakter Pelor itu sepertinya mirip saya, mula-mula saya tidak pasti tetapi kemudiannya dia memuat naik separuh wajah Pelor itu adalah wajah saya barulah saya rasa senang hati,” katanya ketawa.
BACA: “Luar Biasa Gila!” - The Big 4 Best! Taruhan Filem Aksi Komedi Pertama Timo Tjahjanto Ternyata Lulus!
Selain Kristo, The Big 4 dibintangi oleh pelakon hebat antaranya Abimana Aryasatya, Putri Marino, Lutesha dan Arie Kriting.
Bagi yang belum menonton, jangan lupa saksikan The Big 4 di Netflix.
Sinopsis:
The Big 4 mengisahkan tentang seorang detektif bernama Dina (Putri Marino) yang pergi ke suatu pulau terpencil untuk menyelidik tentang kematian bapa kandungnya.
Sebaik tiba di pulau tersebut, Dina mendapat tahu bahawa bapanya merupakan ketua pembunuh upahan.
Dina kemudiannya bertemu dengan empat bekas pembunuh upahan yang merupakan anak murid bapanya iaitu Topan (Abimana Aryasatya), Jenggo (Arie Kriting), Alpha (Lutesha) dan Pelor (Kristo Immanuel).
Dina akhirnya memutuskan untuk bekerja sama dengan mereka dan bersatu untuk menangkap penjahat yang telah membunuh bapanya.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
#Netflix Indonesia
#The Big 4
#Kristo Immanuel
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement