gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Full House! Baju ‘Rosak’ Tak Halang Nadin Amizah Beri Persembahan Penuh Bertenaga Di Showcase Malam Mendengar
HIBURAN
Pelakon Wanita Kena Halau Di Festival Cannes, Pakai Baju Mencolok Mata
HIBURAN
“Dia Pun Bukan Taste Saya, Saya Anggap Macam Adik” - Fieya Julia Respons Isu Kenyataan Luqman Faiz
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Bidas Kenyataan Man Bai, Siti Nordiana Syukur Dapat Sertai GV - “Saya Banyak Peroleh Ilmu Daripada Juri & Guru Sepanjang Dalam…”

gempak
Asyikin Mayudin
23/01/2025
23:55 MYT
Sponsor Banner
Bidas Kenyataan Man Bai, Siti Nordiana Syukur Dapat Sertai GV - “Saya Banyak Peroleh Ilmu Daripada Juri & Guru Sepanjang Dalam…”
Penyanyi Siti Nordiana tidak bersetuju dengan kenyataan dibuat vokalis senior, Man Bai yang mengatakan program nyanyian Gegar Vaganza (GV) merupakan platform 'memalukan' diri.
Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, sebaliknya bersyukur dapat menyertai GV musim kedua sekali gus mengembalikan semula karier seninya yang sebelum ini kian pudar.
"Saya menghormati pandangan yang dikemukan, masing-masing mempunyai pendapat. Tetapi untuk saya secara peribadi, GV adalah platform yang sangat membantu saya.
"Menerusi GV juga saya dapat kembalikan semula karier seni yang sebelum sudah suram. GV tidak memalukan,” kata penyanyi berusia 41 tahun ini.
Tambah pelantun lagu Angkara itu lagi, dia banyak memperoleh ilmu nyanyian sepanjang menyertai program tersebut.
"Saya juga banyak memperoleh ilmu daripada barisan juri dan guru sepanjang dalam pertandingan tersebut. Saya sangat menghargai GV. GV sangat memberi impak kepada saya,” ujarnya.
Sebelum ini, Man Bai atau nama sebenarnya Abdul Rahman Osman berkata, format nyanyian program berkenaan memalukan penyanyi yang menyertainya.
Dedahnya, walaupun pernah ditawarkan sebagai penyanyi jemputan baru-baru ini, namun dia membuat keputusan menolaknya.
Topic Berkaitan
#Gegar Vaganza
#Siti Nordiana
#Nana
#GV
#Man Bai
Must-Watch Video