,
Laman Utama

Bibik Jadi Teman, Eina Azman Kongsi Hidup Ditaburi Kemewahan: “Apa Yang Suami Punya…”

Maliah Surip
31/07/2022
01:45 MYT
Ramah suaranya memecah hening pagi pertemuan #G The Untold Story bersama pelakon tinggi lampai Datin Paduka Eina Azman. Dia menyapa ramah semua kru pada hari tersebut dan memperkenalkan dua pembantu yang tidak pernah dianggap seperti orang asing.
Begitulah bintang The Maid 2, Cinta Dirampas, Dendam Dibalas yang sedang hangat ditayangkan di Astro Ria setiap Rabu pukul 9.30 malam ini dikenali lewat platform media sosial ; seorang figura yang akrab dan menyantuni pembantu rumah atau bibiknya seperti keluarga sendiri.
Malah video perpisahan ‘banjir air mata’ saat pembantu kesayangan yang disifatkan sebagai sahabat akrabnya, Mega, pulang ke kampung di Medan, Indonesia selepas lima tahun berkhidmat dengannya menjadi tular pada hujung Jun lalu.
Eina dilabelkan netizen mempunyai nilai manusiawi yang tinggi, membumi dan tidak meletakkan kasta dalam perhubungan sesama manusia.
Bibik Jadi Teman, Eina Azman Kongsi Hidup Ditaburi Kemewahan: “Apa Yang Suami Punya…”
#G The Untold Story bertuah kerana beberapa minggu sebelum Mega pulang, kami berkesempatan merakam momen istimewa Eina bersama sahabatnya itu. Ada canda, tawa dan tangisan serta gurau yang tercetus sepanjang sesi pemotretan berjalan.
Ibu sepasang kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef, 5, hasil perkongsian hidup dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet ini juga berkongsi kisah dirinya kembali aktif dalam dunia seni, selain bagaimana kemewahan yang diberi sang suami tidak membuat dirinya selesa serta tidak berusaha.
#G The Untold Story: Hi Eina, terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama kami. Bagaimana perasaan melihat drama lakonan anda, The Maid, kini memasuki musim kedua. Apa yang paling anda suka mengenai The Maid 2, Cinta Dirampas, Dendam Dibalas?
EINA: Terima kasih kerana sudi menjemput saya juga. Sebelum saya cakap mengenai The Maid 2, saya harap sangat akan ada The Maid 3.
Saya sangat seronok dan bangga kerana The Maid mendapat sambutan sehingga disambung musim kedua. The Maid 2, Cinta Dirampas, Dendam Dibalas lebih menarik dan penuh dengan penerokaan.
Banyak perkara yang menarik terjadi dan penceritaannya juga lebih menarik. Bayangkan saya berlakon dengan Sherry Al Hadad. Dia bukan sahaja lucu di luar set, tapi juga sewaktu penggambaran, jadi memang susah nak fokus.
Terus terang juga saya katakan, kru produksi The Maid sudah seperti keluarga untuk saya. Saya rasa setengah jam tayangan tidak cukup. Mohon nanti kalau ada musim baharu, tolonglah jadikan ia satu jam untuk setiap tayangan.
Bibik Jadi Teman, Eina Azman Kongsi Hidup Ditaburi Kemewahan: “Apa Yang Suami Punya…”

Eina Azman aktif berlakon balik?

G: Sebelum The Maid, lama kita tidak nampak Eina muncul atau aktif di kaca televisyen. Adakah selepas berkahwin, suami memberi syarat atau anda sendiri berasa tidak mahu terlalu aktif dalam bidang seni?
E: Ya, saya mula berlakon sejak usia 13 tahun. Orang pertama yang panggil saya berlakon adalah Low Ngai Yuen. Saya sebenarnya tak suka berlakon, tapi lebih kepada menyanyi. Bila sudah berlakon, lama lama jadi seronok, tapi semasa mahu mencipta nama, saya ambil keputusan kahwin muda.
Saya kahwin pada usia 19 tahun, kemudian dapat anak dan perlahankan kerjaya seni untuk memberi fokus kepada keluarga. Suami tidak pernah menghalang, malah selalu menyokong untuk saya terus aktif.
Jadi bila anak anak sudah besar, saya mula aktif balik. Suami juga menyokong asalkan saya tahu batas sebagai seorang isteri dan ibu.
G: Maaf, jika melihat gaya hidup dan kemampuan suami, rasanya Eina mungkin tidak perlu bersusah payah bersengkang mata di set penggambaran. Anda boleh memilih untuk hidup selesa dengan kemewahan yang telah suami sediakan?
E: Sebenarnya bila nak berlakon semula, memang ramai yang rasa saya tak perlu berlakon sebab suami saya telah menyediakan segalanya, senang.
Saya tidak menafikan dan ia betul. Tapi ini minat saya. Saya tak akan pernah lupa kerjaya inilah yang membantu kehidupan saya dan mak sebagai ibu tunggal dahulu. Dengan duit berlakon saya bantu mak beli barang dapur dan tolong persekolahan adik.
Jujurnya, kalau ikutkan kerja ini tak cover apapun. Tapi saya sukakan bidang ini. Tak mungkin saya buang pendapatan saya. Yang mungkin ada lebih wang atau apa, suami saya, bukan saya. Kemewahan tak gelapkan mata saya.
Bibik Jadi Teman, Eina Azman Kongsi Hidup Ditaburi Kemewahan: “Apa Yang Suami Punya…”

Eina Azman menyesal tak kahwin muda?

G: Anda menikah pada usia 19 tahun, dan sekarang baru 27 tahun dengan 9 tahun perkahwinan. Ada rasa menyesal tak, terutama melepaskan zaman muda atau masa nak enjoy seperti gadis biasa?
EINA: Ramai yang bertanya adakah saya sedia untuk berkahwin pada waktu itu, 19 tahun. Jika mahu cakap pasal enjoy, memang tidak akan habis. Tapi saya percaya saya boleh enjoy hidup bersama suami dengan pelbagai cara. Tak semestinya enjoy kena pergi parti, tapi habiskan masa macam tengok wayang atau lakukan aktiviti bersama juga sudah cukup enjoy buat saya.
Alhamdulillah sepanjang 9 tahun berkahwin dan menjadi ibu kepada dua orang anak kami, saya tak pernah berasa bosan.
G: Jarak usia anda dan suami 16 tahun. Memang anda mahu menikah pada usia muda bersama lelaki lebih berusia?
EINA: Jujurnya daripada dulu saya memang kurang gemar lelaki muda, mungkin kerana usia seawal 13 tahun apabila saya mula bekerja, saya sudaH terdedah dengan orang lebih dewasa.
Kebetulan sewaktu zaman sekolah, saya juga tak punya ramai kawan.
Dan sebenarnya kalau nak tahu, saya merancang kahwin pada usia 27 tahun iaitu tahun ini sebab saya mahu tolong membantu dan membahagiakan mak sepuasnya dengan pekerjaan saya.
Tapi lihatlah apa yang Allah telah beri kepada saya. Kita hanya merancang, jodoh saya sampai awal, 19 tahun, sama seperti usia mak saya menikah.
G: Menikah dengan lelaki yang jarak usia 16 tahun, apa yang banyak suami ajar anda?
EINA: Suami banyak ajar saya sabar. Dulu bila orang cakap atau sentuh sikit, saya cepat melenting, defensif, tapi selepas berkahwin suami banyak ajar saya. Suami selalu ingatkan saya sabar dan rileks, dia cakap banyak benda buruk akan terjadi jika buat sesuatu dengan emosi tak stabil atau marah.
Jadi sekarang jika banyak benda keluar pasal saya, saya bukan diam sebab salah, tapi saya ingat pesan suami jika kita melawan tak ada beza dengan mereka. Jangan ikut hati, mati.

Eina Azman pandai masak

Bibik Jadi Teman, Eina Azman Kongsi Hidup Ditaburi Kemewahan: “Apa Yang Suami Punya…”
G: Khalayak juga melihat kemewahan anda menerusi platform media sosial. Walaupun anda bukan show off, tapi dari zaman belum punya anak, anda adalah seorang selebriti yang menonjolkan kemampuan memasak sehingga akhirnya meraih perhatian dengan cara tersendiri. Pun, perlu ke untuk anda yang sudah hidup mewah cari duit sendiri lagi?
EINA: Baru baru kahwin sekitar lapan tahun lepas saya bosan, saya minta izin suami untuk rakam masakan saya. Hanya untuk suka suka. Masa tu tak ramai lagi buat.
Saya pun tak pernah fikir mahu jadi influencer atau duta. Suami izinkan asalkan ia membuat saya bahagia dengan perkongsian saya waktu itu. Dalam masa saya kongsikan menu dan tagline, it’s done, hingga jadi trademark, tak sangka saya kini sudah 4 tahun bersama Maggi.
Memasak hobi tapi sekarang jadi punca pendapatan. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Apa yang saya nak tekankan, apa yang suami punya, dia punya. Apa yang dia bagi, nafkah misalnya tanggungjawab dia kepada saya dan keluarga.
Apa yang suami bagi, saya sebagai isteri, ambil. Apa yang saya buat sekarang, ini bonus untuk famili saya. Saya ingatkan hidup jangan terlalu selesa, saya bekerja supaya ada simpanan sendiri. Tak ada siapa yang mahu terjadi benda tak baik dalam hidup. Ini bonus.
Sekarang nak beli apapun saya tak minta suami, ada benda yang saya boleh beli sendiri dengan duit hasil titik peluh. Suami jarang cakap tak bila saya minta apa, tapi saya tak nak ambil kesempatan, saya beli pakai duit kerja sendiri.

Eina Azman suka pembantu rumah ramai

Bibik Jadi Teman, Eina Azman Kongsi Hidup Ditaburi Kemewahan: “Apa Yang Suami Punya…”
G: Kemewahan hidup anda juga mungkin terlihat daripada ramainya pembantu rumah yang pernah anda gajikan. Ada satu masa, anda punya ramai pembantu rumah atau bibik. Sebenarnya apa fungsi anda punya banyak bibik?
EINA: Sejujurnya, saya penakut. Jadi sebenarnya kenapa saya ramai bibik adalah hanya untuk memenuhkan rumah.
Tapi sekarang bibik saya dua orang sahaja anak pun dah besar. Sekarang bibik jadi kawan saya. Merekalah teman saya pergi tengok wayang atau tempat saya mengadu kerana selain keluarga, saya memang tak punya ramai kawan terutama dalam kalangan pelaku seni. Saya lebih pentingkan keluarga walaupun ada kawan kerana keluarga yang akan selalu ada saat susah senang.
G: Suami yang sediakan semua bibik untuk anda hanya kerana anda penakut?
EINA: Bibik semua dari saya, (tanggungan). Makan dan pakai serta perbelanjaan semua dari saya. Suami tak masuk campur.
Tapi saya juga nak cakap, mereka bukan bibik. Saya tak malu bersama mereka, kerana mereka lah yang banyak meringankan kerja di rumah. Ya saya akui ada juga bibik buat hal, tapi saya melihat diri sendiri. Saya pun manusia biasa tak sempurna, jadi kekurangan saya, bibik saya tampung.
Misalnya Mega. Dia bibik yang paling rapat dengan saya. Seluruh keluarga dia saya kenal, malah ibunya selalu ‘gaduh’ dengan saya sebab saya tak benarnya dan sering tangguh hasrat Mega untuk pulang ke kampung.
Sedar tak sedar sudah lima tahun. Saya dengan Mega pula hubungan bukan macam majikan dengan pekerja, tapi love hate relationship yang kadang sudah seperti pasangan kekasih.
Mega atau pembantu yang lain, buat masa ini saya ada dua pembantu, mereka ini melengkapkan kekurangan saya. Kalau jadi apa apa, atau misalnya ia salah saya, saya akan cepat minta maaf.

Eina Azman suka baju branded atau baju murah?

G: Siapa lebih boros atau banyak berbelanja. Anda atau suami?
EINA: Suami, sebab dia pemurah, dia suka bagi orang macam macam. Kalau orang baik dengan dia, 10 kali ganda dia akan baik. Saya tak cakap saya tak boros, ada nafsu juga nak beli itu dan ini. Tapi suami akan ingatkan, ya sebenarnya kami saling mengingatkan. Cuma, bila suami kerja keras, jadi bila dia nak reward diri dia, siapalah saya nak halang. Kami juga saya percaya, tak pernah sorokkan barang bila membeli.
G: Anda selalu tampil cantik dan nampak mewah dalam balutan busana yang dikenakan. Adakah jenama begitu penting untuk setiap penampilan anda?
EINA: Untuk saya, baju murah pun okay, tak perlu berjenama asalkan selesa dipakai. Tak semestinya kena beli mahal, tapi murah jika pandai menggayakan, ia pasti akan nampak okay.

Eina Azman dan perancangan cahaya mata

G: Anak kembar anda sudah berusia lima tahun. Mungkin ada rencana untuk menambah cahayamata?
EINA: Kalau ada rezeki ada, saya tak tolak untuk ada anak lagi. Cuma bukan sekarang. Buat masa ini saya kembali aktif berlakon dan tak nak ada menyesal jika hamil dan punya anak, banyak momen saya yang berharga terlepas.
Kemudian, keadaan kesihatan saya buat masa ini juga tidak membolehkan saya hamil dengan kekerapan melakukan rawatan. Tapi besar harapan saya, tahun depan boleh difikirkan untuk ada anak.

Eina Azman nak bikin lagu santai

G: Okay selain berlakon, apa projek yang akan anda lakukan pada masa terdekat atau akan datang?
EINA: Menyanyi. Saya nak buat lagu, dan tengah cari komposer yang boleh buat lagu yang sesuai dengan saya. Saya tidak mahu jadi Aina Abdul atau Ernie Zakri, saya mahu lagu yang santai dan orang juga boleh menyanyi.
Sebenarnya jika saya menyanyi, saya juga akan melunaskan impian mak yang mahu melihat saya menjadi penyanyi.
Dan oleh kerana kecintaan saya dalam bidang fesyen, saya juga mengeluarkan produk jenama sendiri yang merangkumi jualan untuk kanak kanak, wanita dan juga lelaki.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bakar Suami Selepas Periksa Akaun Bank Berkurangan

gempak
24/11/2024
00:55 MYT
Pada sidang perbicaraan mahkamah Mojokerta pada 19 November lalu, suspek berkata, insiden itu berlaku pada 8 Jun lalu selepas dia menyemak akaun suaminya di sebuah bank di Jalan Majapahit.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Unitar