,
Filem

"Betul Ke Wife Aku Ni? Semua Orang Dia Terajang..." - Aiman Hakim Terkejut Tengok Zahirah MacWilson

Badrul Hashim
07/03/2020
09:36 MYT
Malam Gala filem terbaru Bulan & Pria Terhebat ternyata membuka mata ramai jemputan tentang kehebatan filem ini yang akan mula ditayangkan bermula 12 Mac.
Malah filem tersebut benar-benar membuat Aiman Hakim Ridza terkejut dan teruja melihat lakonan isterinya, Zahirah MacWilson.
"Malam Gala Bulan & Pria Terhebat. Sesuatu yang baru dan segar daripada pembikin filem Ghaz Abu Bakar. Tahniah semua pelakon. Lakonan yang bagus.
"Sekejap aku gelak, pastu kerut dahi, sejam lebih lepas tu aku sedar yang aku tak bergerak. Toleh kanan tengok ada Zahirah MacWilson aka Bulan.
"Pejam celik mata, betul ke wife aku ni? Sepanjang aku kenal dia, sekali je kitaorang exercise sama-sama. Itu pun kena paksa.
"Dalam movie ni habis semua orang dia terajang, tembak, potong sana dan potong sini. Okay, aku tak nak potong stim. Kesimpulannya, she did very very well. Bangga dengan dia.
"Kesimpulan dari korang, kena tengok sendiri," tulis Aiman tentang lakonan isterinya yang membuat dia terkejut, bangga dan teruja.

Gala Night for #bulandanpriaterhebat .Something new and fresh from our movie maker @ghazabubakar .Good job to all the cast.You guys did a good job.Sekejap aku gelak , pastu kerut dahi , sejam lebih lepas tu aku sedar yang aku tak bergerak.Toleh kanan tengok ada @zahirahmacwilson aka Bulan.Pejam celik mata ‘betul ke wife aku ni’ .Sepanjang aku kenal dia sekali je kitaorang exercise sama sama.Itu pun kena paksa.Dalam movie ni habis semua orang dia terajang, tembak , potong sana dan potong sini ?. Ok aku tak nak potong stim.Kesimpulannya she did very very well.Im so proud of her.Kesimpulan dari korang , kena tengok sendiri!!! ? @ghazabubakar @zahirahmacwilson @zizanrazak869 @alifhadi @bellngasri Suit from : @ted_baker #bulandanpriaterhebat #movie #awesome #10/10 #⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ #tedbakermy

A post shared by Aiman Hakim Ridza (@aimanhakimridza) on

Bulan & Pria Terhebat yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production itu dibintangi oleh Zahirah Macwilson, Maya Karin, Khir Rahman, Zizan Razak, Alif Hadi, Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.
Filem hebat yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar ini bakal menemui penonton pada 12 Mac ini.
Secara ringkas Bulan & Pria Terhebat mengisahkan Bulan (Zahirah Macwilson) merupakan pelatih di dalam pasukan tentera khas Indonesia menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia bagi mencari adiknya, Melati yang telah diperdaya dan dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan.
Bulan bertemu Haris (Zizan Razak), seorang pemandu e-hailing yang prihatin dan sudi membantu Bulan mendapatkan kembali adiknya dari genggaman bapa ayam, Agus dan ketuanya, Ricky. Ricky mengarahkan Tony, seorang pembunuh upahan untuk menghapuskan Bulan dan Haris.
Imbas semula lakonan Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson dalam Curi Curi Cinta di telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Rasanya Dia Lagi Fasih Daripada Saya” - Zahirah Macwilson Akui Penting Anak Tahu Bahasa Melayu

gempak
14/09/2024
08:55 MYT
Pelakon, Zahirah Macwilson akui berasa kagum melihat anak sulungnya, Isaac Raees bertutur dalam bahasa Melayu dengan lancar.
Hiburan

Nenek Zahirah MacWilson Meninggal Dunia, Rasa Bertuah Dapat Jaga Arwah - “Orang Yang Akan Simpan Setiap Berita Artikel…”

gempak
12/08/2024
01:18 MYT
Nenek kepada pelakon Zahirah MacWilson iaitu Faridah Nyak Mohamad telah menghembuskan nafas terakhir pada 8.30 malam, Ahad.
Hiburan

Netizen Puji Zahirah MacWilson Tetap Cantik Walaupun Rambut Serabai Ketika Berpantang - "Aku Baby 6 Minggu Macam Kena Dera Laki”

gempak
17/07/2024
06:55 MYT
Masih dalam proses berpantang, pelakon Zahirah MacWilson berkongsi perkembangan terkini mengenai cahaya mata keduanya iaitu Inara Raisa yang kini berusia enam minggu.
Hiburan

Zahirah, Aiman Selamat Menyambut Kelahiran Anak Ke-2, Inara Raisa

gempak
02/06/2024
11:01 MYT
Pasangan pelakon, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza selamat menyambut kelahiran anak kedua mereka, Inara Raisa.
Hiburan

Netizen Tegur Aiman Hakim Ridza Kongsi Foto Cium Zahirah MacWilson - “Tetap Haram Ditunjuk Walau Dah Halal”

gempak
08/05/2024
07:55 MYT
Alamak...