,
Sukan

Betul Ke Polis Jerman Galak Peminat Euro 2024 Hisap Ganja, Elak Minum Alkohol?

Maliah Surip
16/06/2024
13:49 MYT
Pesta sukan terbesar dunia, Euro 2024 sudah bermula sejak 15 Jun dan akan berakhir pada 14 Julai 2024.
Selain memberi tumpuan terhadap 24 pasukan yang bertanding termasuk juara bertahan Itali dalam saingan bola sepak Eropah ini, media massa turut melaporkan beberapa perkara berkaitan temasya tersebut.
Antaranya adalah peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kepada seluruh peminat Euro 2024.
Salah satu laporan yang telah menarik perhatian adalah pihak berkuasa Jerman didakwa telah menyarankan peminat agar menghisap ganja berbanding meminum alkohol sewaktu menonton pasukan pilihan mereka.

BERITA TRENDING: Perlawanan Tertunda 45 Minit, Lelaki Rantai Diri Di Tiang Gol! Papar Baju ‘Red Card For Israel’

BERITA TRENDING: Saham Syarikat Coca Cola Rugi $4 Bilion Gara-Gara Ronaldo Alihkan Botol Ke Tepi!

Mail Sport melaporkan polis telah meminta penonton yang menonton perlawanan pembukaan Euro 2024 agar mengambil ganja.
Hal itu dikatakan dapat menggelakkan ketegangan atau sikap agresif dalam kalangan penyokong kerana ganja disifatkan membuat penonton lebih ‘tenang’ berbanding akan membuat ‘kecoh’ jika mabuk kesan minum alkohol.
Selepas laporan tersebut menjadi tular, pihak berkuasa Jerman menafikan telah memberi kebenaran atau menyarankan peminat menhisap ganja sewaktu menyaksikan perlawanan Euro 2024.
“Pihak polis akan memastikan keselamatan semua sepanjang temasya Euro 2024 termasuk mencegah pihak yang mencetuskan suasana tegang dan toksik.
“Bagaimanapun pihak polis tidak pernah memberi kenyataan peminat boleh menghisap ganja di dalam stadium sewaktu menonton perlawanan.
“Ia (kenyataan) telah disalah lapor,” ujar wakil pihak berkuasa tempatan seperti dilaporkan Marca.com.
Polis juga menegaskan menghisap ganja di dalam stadium adalah satu kesalahan dan tidak dibenarkan.
“Tapi peminat bebas untuk menghisap ganja di luar zon yang ditetapkan,” tambah laporan The Sun pula.
Pada Mac lalu, Parlimen Jerman meluluskan rang undang-undang (RUU) penggunaan ganja bagi tujuan peribadi semasa sesi undian penting yang mencatatkan beberapa undang-undang paling liberal mengenai bahan itu di Eropah.
Penggubal undang-undang di Bundesrat meluluskan RUU yang dibahaskan sejak Jumaat lalu, yang menetapkan hanya 25 gram ganja boleh digunakan bagi tujuan peribadi, setiap hari.

BERITA TRENDING: Takut Dimarahi Guru, Pemain Bola Termuda Barcelona Lamine Yamal Bawa Kerja Sekolah Ke Jerman

BERITA TRENDING: Muzik Dimatikan, Anang Kena Ejek Satu Stadium Kacau Kemenangan Bersejarah Timnas Indonesia

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar