Laman Utama
Betty Rahmad Kongsi Pengorbanan Erma Fatima Jaga Ibu Positif COVID 19: "Dia Kosongkan Rumah, Mandikan Mak..."
Pelakon Betty Rahmad hari ini mendedahkan dia sekeluarga diuji apabila ibunya, Asmah Mohd Ali dan pembantunya, Teha, disahkan positif COVID 19.
Kedua duanya disahkan dijangkiti wabak tersebut pada pertengahan Ogos lalu dan kini sudah pulih seperti sedia kala.
Menerusi kemas kini yang dibuat Betty kepada lebih 800 ribu pengikutnya di Instagram, ibu kepada Adiwira itu menceritakan kronologi mengenai ibu dan pembantunya yang dijangkiti virus tersebut.
"Assalamualaikum semua, inilah yang saya lalui bulan Ogos lalu. Besar ujian yang penuh dengan rahmat dan hikmah.
"Alhamdulillah syukur Allah swt lindungi saya dan keluarga serta pinjamkan mak sekali lagi pada kami," tulis Betty pada video pertama yang memaparkan dirinya sekeluarga menjalani tes dan ujian calitan COVID 19.
Isteri Ardy Damis itu menjelaskan hanya ibu dan penjaga Adiwira yang disahkan positif, sementara dia, suami dan anaknya yang sempat demam tinggi kerana tonsil negatif COVID 19.
Sebaik mendapat keputusan ujian Teha positif, penjaga anak lelakinya itu terus menjalani kuarantin di sebuah bilik di tingkat dua kediaman mereka.
Video Teha yang sangat teruja dan rindu Adiwira sebaik selesai menjalani kuarantin dan bebas COVID 19 selepas 20 hari cukup menyentuh hati. Teha dilihat berkali kali memeluk erat dan mengungkapkan perasaan rindu terhadap Adiwira yang tidak dapat disentuhnya walau 'duduk serumah'.
Sementara itu, menerusi video kedua yang dimuat naik petang tadi, Betty berkongsi mengenai tindakan pantas yang dilakukan kakaknya, Erma Fatima apabila berkorban menjaga ibunya yang disahkan positif.
"Allahuakbar Alhamdulillah atas kasih sayang ini YaAllah. The day my mom was tested positive Kak Erma terus kosongkan rumah hantar anak-anak rumah lain dan minta kami hantar mak ke rumah dia.
"Dialah yang masakkan mak. Mandikan mak. Bagi ubat/vitamin check everything dan update kami adik beradik dengan video-video ni dalam group Whatsapp.
Sangat luar biasa dan bangga ada kakak macam ni. MashaAllah. Semua adik beradik video call 4-5 kali sehari. Tapi semua kena pretend macam takde apa-apa sebab nak kuatkan semangat mak dan cakap ada kuman je sikit dekat paru-paru mak.
Lebih kurang seminggu di bawah jagaan Kak Erma “doktor tak bertauliah anak subuh”. Tiap-tiap malam my sister buat self test Alhamdulillah Allah lindung," cerita Betty.
Bagaimanapun mereka terpaksa menghantar ibu ke hospital pada hari ke lapan untuk monitor paru-paru yang ada kuman.
"Keadaan mak semakin hari semakin baik. Fyi she’s 73years old. Mak saya rajin solat, zikir dan mengaji. Kalau solat berjam-jam. Janji Allah itu pasti. Allahuakbar. Allah beri kekuatan dan kesembuhan segera buat mak saya. No bad symptoms Alhamdulillah syukur," katanya lagi.
Betty yang berkali kali mengingatkan semua agar terus menjaga solat kemudian menjelaskan sebab mengapa dia membawa ibunya datang ke rumah sewaktu PKP.
"Bagi yang kenal saya tau macam mana saya strict dan takut nak keluar rumah. Saya tak jumpa siapa-siapa. Bertahun tak jumpa mak. Raya pun tak jumpa walaupun rumah dekat. Tapi terdetik dalam hati saya pada masa tu risau dekat mak sebab kes hari-hari 20k+. Mak saya tinggal dengan abang abang dan kakak ipar saya yang terpaksa keluar bekerja hari-hari.
"Jadi lepas bincang dengan Kak Erma dan Kak Umie dorang suruh saya ambik mak bawak rumah saya memandangkan kami dalam rumah ni memang tak keluar rumah langsung.
"Nak cakap terlambat, tidak. Saya mungkin akan lagi ralat kalau saya tak ambik mak masa tu dan keadaan mak mesti akan lebih teruk."
Tidak henti melahirkan rasa syukur, Betty berharap apa yang dikongsikan olehnya dapat memberi manfaat pada semua dan dibawah lindungan Allah.
"Semoga dengan perkongsian ini saya harap dapat memberi semangat pada mereka yang sedang bertarung dengan Covid19 dan yang sedang kuarantin.
"Ternyata ia bukan mudah. Kuatkan mental dan percaya segalanya dari Allah. Terima kasih semua yang selalu mendoakan kami," tulisnya.
Instagram: @bettyrahmad
Must-Watch Video